+03 5525 1885 +6017 381 3436 sales@wallmaster.com.my

Terma dan Syarat Peraduan “Wallmaster Free Wainscoting 2016” 

  • Peraduan “Wallmaster Free Wainscoting” ini adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Pekerja dan kakitangan Wallmaster, ahli keluarga terdekat, agensi pengiklanan pengelola program, pekerja-pekerja serta keluarga terdekat adalah tidak layak untuk menyertai peraduan ini.
  • Cabutan bagi pemenang akan dibuat secara elektronik selepas peraduan tamat. Peserta peraduan mesti menjawab soalan kelayakan dari pihak Wallmaster dengan tepat bagi mengesahkan kemenangannya.
  • Wallmaster akan menghubungi peserta yang namanya terpilih secara E-cabutan melalui telefon atau surat. Jika pemenang tidak dapat dihubungi selepas 3 kali atau pemenang gagal untuk menjawab soalan kelayakan dengan tepat, beliau akan tersingkir dari peraduan dan nama pemenang lain akan dipilih berdasarkan senarai E-cabutan yang berikutnya.
  • Sebarang terma dan syarat yang tidak dipatuhi boleh menyebabkan pemenang tersingkir dari peraduan, dan pemenang gantian yang tersenarai akan dipilih sebagai pemenang.
  • Wallmaster berhak menukar mana-mana hadiah dengan nilai yang sama atau lebih.
  • Pihak Wallmaster berhak membuat pindaan atau mengubah syarat dan terma peraduan pada bila-bila tanpa membuat kenyataan kepada mana-mana pihak.
  • Peserta yang menyertai peraduan ini adalah bersetuju dengan segala terma dan syarat serta akur dengan keputusan pihak hakim. Semua keputusan adalah muktamad dan segala bantahan tidak akan dilayan.
  • Pihak Wallmaster berhak meggunakan gambar pemenang/nama/maklumat atau hal-hal berkaitan untuk tujuan pengiklanan, promosi dan sebagainya tanpa meminta kebenaran daripada atau notis kepada para pemenang.
  • Wallmaster, pekerja, majikan, promoter, pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap segala kerosakan, kehilangan atau kecederaan para peserta atau orang perseorangan yang berhubung kait dengan peraduan ini. Penyertaan peserta / promosi ini adalah dibawah tanggungjawab para peserta itu sendiri. Para peserta mananggung segala liabiliti untuk kehilangan ,kecederaan, kerosakan , tuntutan yang mungkin akan terjadi daripada penyertaan dalam peraduan ini atau daripada penggunaan atau penembusan hadiah.
  • Semua cukai persekutuan, negeri atau tempatan yang berkaitan dengan hadiah yang ditawarkan adalah dibawah tanggungjawab para pemenang.
  • Peraduan ini merujuk kepada undang-undang / peraturan tempatan.
  • Semua maklumat yang terkandung dalam bahan promosi, termasuk syarat-syarat penyertaan dan tuntutan hadiah adalah sebahagian daripada terma dan syarat peraduan.

Free Quotation With Experts Advice

Let us help making your dream house come true.

Direct Whatsapp