fbpx

DEKO RAYA : 10 CHECKLIST KEMAS RUMAH SUPAYA TAK KENA KECAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Kira-kira dalam seminggu lagi kita akan menyambut hari raya aidilfitri. Selain sibukkan diri dengan urusan akhirat, biasanya minggu terakhir bulan Ramadhan akan digunakan untuk mengemas dan membersihkan kawasan rumah terutamanya di bahagian ruang tamu dan ruang makan dimana ruang ini lah yang akan digunakan oleh tetamu bila datang ke rumah kita.

Jika ingin memudahkan urusan pembersihan, kami cadangkan anda untuk adakan satu checklist yang mudah supaya tiada bahagian yang akan tertinggal nanti. Checklist mungkin berbeza mengikut hiasan rumah masing-masing tau.

  1. Kebiasaanya rumah zaman sekarang akan dilengkapi dengan cermin yang besar dan banyak untuk dapatkan ruang yang lebih luas. Jadi, jangan lupa untuk cuci cermin bagi berkilat. Untuk menghilangkan kesan-kesan comot pada cermin boleh lah ambil kertas surat khabar lama dan kesat pada cermin setelah direnjis dengan pencuci cermin.
  2. Jangan lupakan cermin tingkap juga ya. Gunakan kaedah yang sama untuk mencuci cermin tingkap.
  3. Dah lama kan tak check dinding. Kalau dinding tu sudah berdebu, boleh la lap dengan menggunakan kain microfiber.
  4. Jika cat dinding di dalam mahupun di luar rumah sudah nampak lusuh boleh dibasuh dan dicuci dengan sabun yang sesuai. Terus nampak macam cat baharu.
  5. Bila last anda susun frame gambar di dinding tu? Kalau dah setahun, ini la masanya untuk ubah susun atur agar nampak lebih segar.
  6. Langsir lama tak semestinya tidak elok. Basuh langsir dan cuna tambah sedikit hiasan di langsir untuk menampakkan kelainan.
  7. Susun atur perabot ketika hari raya pun sangat penting. Kebiasaanya pada waktu raya kita akan menerima tetamu dalam jumlah yang besar. Sebaiknya kosongkan bahagian tengah ruang tamu untuk memudahkan tetamu terutamanya kanak-kanak untuk bergerak.
  8. Ketika raya juga digalakkan menggunakan tikar atau karpet yang mudah dicuci. Biasalah, tetamu yang datang bukan semuanya dewasa. Pasti akan ada kanak-kanak. Kalau terjadi kejadian tumpah air atau makanan, tidak la ralat untuk kita cuci tikar/carpet tu.
  9. Barangan yang kecil dan merbahaya perlu disimpan di dalam laci yang tinggi. Kalau ada hidden kabinet atau hidden door lagi cantik. Tetamu pun tak perasan kita simpan barang-barang kita di mana kan.
  10. Jangan lupa gunakan pewangi terutama di ruang tamu dan ruang makan untuk beri keselesaan kepada tetamu yang datang

Ini antara point yang penting sebagai persediaan untuk kita mengemas rumah sempena raya aidilfitri nanti. Selamat mengemas dan selamat hari raya !

Kongsi info ini:

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *