fbpx

5 Idea Simple Tukar Dinding Bosan Jadi Cantik

Tidak kira rumah lama atau baru, pastinya penghuninya menginginkan suasana rumah nyaman dan tenang. Susunan hiasan dinding ruang tamu yang teratur serta kemas dapat membangkitkan aura yang bersahaja dan tidak terlalu serabut.

Nak jadikan ruang rumah nampak simple dan kemas mudah sahaja, salah satu caranya ialah dengan menukarkan dinding yang kosong mahupun yang sarat dengan hiasan tu dengan hiasan yang simple atau dengan hanya menggunakan wallpaper sahaja.

5 Idea Hiasan Dinding Ruang Tamu

Hmm…Tak boleh gambarkan hiasan yang dimaksudkan? Okay jangan risau, pastikan baca entri ini sehingga habis yaa. Jadi kali ini, kami akan kongsikan kepada anda 20 idea hiasan-hiasan dinding ataupun feature wall yang mampu memberikan pesona dan efek yang simple dan bersahaja.

1.Cat bilik dengan warna yang lembut

hiasan dinding ruang tamu
hiasan dinding ruang tamu

Pemilihan warna cat dinding sedikit sebanyak memainkan perana yang penting untuk menghias bilik ataupun dinding di ruang tamu. Jadi dengan menggunakan cat yang lembut dan pastel ini akan menjadikan ruangan terasa luas dan nyaman tanpa menukar kedudukan perabot dan hiasan dinding. Tapi untuk efek yang lebih menarik. Pastikan kedudukan perabot dan hiasan tidak nampak sarat dan tidak berlebihan. Gunakan perabot yang multifunction sahaja untuk menjimatkan ruang. 

2. Simple deko sticker

hiasan dinding ruang tamu
hiasan dinding ruang tamu
hiasan dinding ruang tamu

Selain daripada menggunakan ilusi cat berwarna lembut, dekorasi dengan menggunakan tumbuhan dan pelekat juga boleh menaikkan seri ruang tersebut. Dengan penggayaan dekorasi yang kreatif, dinding akan terlihat lebih segar dan tidak kosong.

3. Gunakan frame gambar sebagai hiasan

hiasan dinding ruang tamu
hiasan dinding ruang tamu
hiasan dinding ruang tamu

Tidak hanya mengabadikan foto keluarga di dalam album. Idea feature wall dengan menggunakan frame gambar keluarga juga boleh diaplikasikan. Frame gambar yang pelbagai saiz yang disusun dengan kemas akan memperlihatkan ruang tersebut lebih hidup dan segar. Selain menggunakan gambar keluarga, anda juga boleh menggantung gambar2 hitam putih quote, tempat-tempat menarik dan sebagainya. Kebijaksanaan anda menyusun dan menggayakan ruangan ni untuk tampak menarik sangat diperlukan.

Ataupun anda juga boleh hasilkan satu papan yang menggantungkan koleksi gambar-gambar momen semasa ahli keluarga anda. Mix dan match warna dan saiz gambar supaya papan board nampak lebih menarik.

4. DIY wall art

hiasan dinding ruang tamu
hiasan dinding ruang tamu
hiasan dinding ruang tamu

Dekorasi DIY ataupun Do It Yourself kini semakin banyak disiarkan. Ramai yang berlumba2 berkongsikan hiasan dan peralatan yang diciptanya sendiri di rumah. Selain daripada ianya nampak cantik, ia juga lebih jimat daripada dekorasi dan hiasan yang dibeli di kedai.

Antara dekorasi DIY yang boleh dibuat sendiri adalah hiasan dengan menggunakan paip PVC, botol2 kaca lama dan juga boleh gantungkan terus pot-pot bunga yang kecil di dinding ruang tamu anda. Hiasan ini nampak lebih semulajadi dan cantik. Dengan secara tidak langsung kita dapat menghasilkan dekorasi minimalis jimat dan tidak membebankan.

5. Bingkai dinding

hiasan dinding ruang tamu
hiasan dinding ruang tamu

Bingkai dinding atau wainscoting kini menjadi feature wall pilihan rata-rata rakyat Malaysia. Pemilihan ketebalan kayu dan warna cat amat penting untuk mendapatkan hasil yang sangat cantik dan wow. Pencahayaan juga sedikit sebanyak perlu diberi perhatian untuk memberikan effect mewah dan elegan. Tapi mesti diingat, untuk mengekalkan konsep simple, hiasan dekorasi di dinding hendaklah tidak terlalu sarat. Mix and match 2 atau 3 hiasan sudah memadai.

deco ruang tamu kecil simple

Selain daripada yang kami cadangkan ini, anda juga boleh cari idea di pinterest atau google. Boleh search cara-cara nak make over ruang tamu dan jadikan dinding yang kosong ke feature wall yang menarik dengan gaya minimalis. Selamat mencuba untuk dapatkan hiasan dinding ruang tamu yang cantik!

Kongsi info ini:

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*