Televisyen atau singkatannya “TV” adalah penggunaan harian kita pada masa ini. Media telekomunikasi ini telah banyak membantu masyarakat dalam mendapatkan info terkini seperti apa yang sedang atau telah berlaku di dalam dan di luar negara kita melalui siaran berita terkini. Selain itu, penggunaan televisyen ini juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan menonton drama atau “movie” bersama-sama. Tidak lengkap sesebuah rumah tanpa televisyen.
Tips Selenggara dan Penjagaan TV
Sudah semestinya televisyen merupakan aset jangka hayat yang paling berharga semasa di rumah. Bukan penghawa dingin sahaja yang perlu diselenggara, televisyen juga boleh diselenggara agar kekal lama sehingga tahun lamanya. Berikut merupakan antara 5 tips selenggara dan penjagaan TV agar kekal lama yang akan saya kongsikan kepada anda.
1. Elakkkan TV daripada membuat pemasangan pada bawah penghawa dingin
Tidak ada masalah TV anda di bawah penghawa dingin, tetapi anda perlu menyediakan beberapa perlindungan di atas TV seperti rak atau sesuatu. Jika air daripada penghawa dingin jatuh pada TV maka kompenan dalam TV akan gagal berfungsi. Lagi berisiko sekiranya penghawa dingin di rumah anda tidak diservis secara berkala. Jadi, ia amat penting untuk penjagaan tv.
2. Pastikan dinding tidak lembap
Bagi penjagaan TV agar kekal lama adalah dengan memastikan dinding yang berdekatan dengan TV di rumah anda tidak lembap. Dinding yang lembap akan menarik minat serangga seperti semut dan lipas. Kehadiran serangga dalam TV akan menyebabkan TV tidak akan kekal lama.
3. Cabut plug utama sebelum dibersihkan
Dalam semua perkara yang kita lakukan mesti mengutamakan faktor keselamatan. Adalah disyorkan kepada anda semua untuk mencabut plug utama terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti pembersihan pada permukaan skrin untuk penjagaan TV.
4. Lap menggunakan kain lembut
Untuk mengeluarkan habuk dari permukaan skrin TV, anda perlu lap dengan lembut dengan menggunakan kain lembut seperti kain jenis “microfibre”. Jika anda menggunakan tisu kertas, ia akan merosakkan permukaan skrin TV. Selain itu, penggunaan pembersih alkali atau pelarut seperti clorox , thinner adalah digalakkan.
5. Lembapkan sedikit air pada kain
Jangan sesekali menyembur air secara langsung pada permukaan skrin TV. Ia boleh menyebabkan air menitis ke bahagian bawah skrin dan boleh menyebabkan kerosakan pada set TV.
Mahukan pengunaan TV pada jangka masa yang lama, boleh cuba tips pejagaan tv ini. Semoga membantu. Sekiranya anda memerlukan bantuan berkenaan reka bentuk dalaman rumah, sila klik di link ini atau hubungi kami.