Hampir 90% rumah di Malaysia mempunyai Televisyen di rumah. Untuk dapatkan pengalaman dan keselesaan yang terbaik ketika menonton TV, bukan hanya perlu lihat pada jenis TV yang dibeli tapi perlu mengambil kira pemilihan kabinet TV juga.
Untuk memilih kabinet TV yang betul-betul terbaik untuk ruang rumah memang agak mencabar. Jadi, mari gunakan tips ini supaya dapat memudahkan pemilihan masa beli nanti.
Tips Beli Kabinet TV
1. Sesuaikan dengan saiz bilik
Kebiasaannya kabinet TV menjadi point utama kepada sesuatu ruang tetapi tidak semestinya ia perlu terlalu besar atau terlalu gah. Lebih bagus jika boleh dapatkan anggaran saiz ruang sebelum beli TV kerana ia akan memberi kesan kepada pemilihan kabinet dan juga ruang tersebut. Untuk memastikan TV betul-betul selamat, panjang kabinet perlu sekurang-kurangnya 20% lebih panjang dari saiz TV. Ambil tahu juga keupayaan berat yang boleh ditanggung oleh kabinet tersebut.
2. Ketinggian yang betul
Kunci untuk dapatkan keselesaan ketika menonton TV adalah level ketinggian TV yang tepat.Untuk dapatkan saiz TV yang tinggi memang agak sukar. Jadi, kita perlu sesuaikan dengan TV kabinet yang boleh mencapai tahap yang bersesuaian. Ketinggian yang tepat adalah apabila level mata kita berada tepat di tengah atau bawah sedikit dari screen TV. Baru best nak layan drama petang-petang.
3. Pastikan kedudukan yang sesuai
Sebelum buat keputusan untuk beli kabinet TV, pastikan kedudukan untuk letak kabinet dan TV sudah ditentukan. Jika anda mempunyai ruang bilik yang luas, mungkin tidak akan jadi masalah jika diletakkan di bahagian mana-mana yang sesuai. Tetapi jika anda mempunyai ruang yang terhad, pastikan saiz kabinet yang dibeli muat untuk diletakkan di tempat yang dipilih.
4. Pemilihan reka bentuk yang sesuai dengan hiasan dalaman
Untuk dapatkan hiasan dalaman yang sempurna, perlu pastikan elemen di dalam rumah berkait atau matching antara satu dengan yang lain. Elakkan menggunakan lebih dari satu konsep dalam satu-satu ruang. Ia akan membuatkan ruang kita nampak kecil dan agak serabut.
5. Jangan ambil ringan dengan fungsi laci
Jangan pandang remeh dengan bahagian laci di sesebuah kabinet. Untuk dapatkan ruang yang lebih luas dan tidak serabut, laci sangat membantu. Cuba sedaya upaya untuk sorokkan barangan lain seperti DVD’s, remote TV dan lain-lain untuk dapatkan hasil yang lebih cantik dan kemas.
Nak jimat tenaga, masa dan duit cuba la ikut 5 tips ini. Tak kan menyesal lepas beli nanti. Sekiranya anda memerlukan bantuan berkenaan reka bentuk dalaman rumah, sila klik di link ini atau hubungi kami.