Bilik tidur merupakan satu kawasan yang anda akan guna pada setiap waktu malam untuk tidur. Oleh yang demikian, semestinya anda inginkan bilik tidur cantik supaya ia dapat membantu anda untuk berasa lebih selesa dan mudah untuk tidur.
Namun, ianya bukanlah satu perkara yang mudah untuk menghiasi bilik tidur cantik kerana terdapat pelbagai faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum anda boleh mula menghias bilik tersebut, seperti saiz katil, saiz bilik, dan lain-lain. Bilik tidur yang cantik amat penting untuk rumah minimalis.
Hias Bilik Tidur Cantik
Setelah anda mengambil kira semua faktor yang terlibat dalam penghasilan bilik tidur cantik, barulah anda boleh mula menyusun barang-barang yang anda mahukan di dalam bilik tidur tersebut. Oleh itu, mari kita ikuti 7 cara ini untuk menghias bilik tidur cantik.
1. Ukur Saiz Bilik Tidur
Perkara pertama yang anda perlu lakukan apabila anda ingin menghiaskan bilik tidur cantik ialah anda perlu mengukur saiz bilik tidur anda terlebih dahulu. Pernahkah anda membeli alatan rumah seperti almari yang sangat tinggi dan ianya tidak boleh muat ke dalam bilik tidur?
Jika ya, anda mesti memahami kepentingan mengukur saiz bilik tidur terlebih dahulu. Dengan cara ini, anda boleh merangka pelan yang paling sesuai untuk memuatkan semua perabot, meja, serta katil anda.
2. Pilih Warna Bilik
Warna bilik merupakan satu komponen yang penting untuk dipertimbangkan apabila anda ingin menghias bilik tidur cantik. Anda perlu memilih set warna yang sesuai untuk dipadankan dengan barang-barang yang akan diletakkan dalam bilik tidur anda.
Sebagai contoh, sekiranya anda ingin mengecat bilik tidur dengan warna yang cerah, barang dalam bilik tidur anda mestilah berwarna kontras seperti warna gelap untuk menyerlahkan barangan yang ada di dalam bilik tidur anda.
Anda juga boleh menggunakan kertas dinding untuk menghias bilik tidur tersebut. Anda boleh memilih kertas dinding yang mempunyai corak-corak yang cantik seperti batu-batu, bunga-bungaan, dan lain-lain.
3. Pilih Hiasan Dinding
Setelah anda memilih warna cat untuk bilik tidur, anda boleh mula memilih hiasan dinding yang sesuai. Anda boleh memilih untuk menggantungkan gambar-gambar abstrak seperti gambar pantai, awan, dan sebagainya.
Anda juga boleh menggantungkan potret ahli keluarga, isteri, atau anak-anak anda. Posisi gambar tersebut boleh diletakkan di atas meja buku anda, ataupun di dinding atas katil anda.
4. Pilih Jenis Lantai
Lantai bilik tidur selalunya akan bergantung pada konsep bilik yang anda inginkan. Ada orang yang tidak mahu mengubah jubin lantai dan menggunakan jubin asal. Namun, ada juga yang inginkan lantai kayu.
Apabila anda memilih lantai kayu, anda boleh membuat konsep bilik tidur berkayu. Anda boleh memadankan lantai kayu tersebut dengan lampu berkonsepkan kayu serta katil tidur kayu.
5. Lampu Bilik Tidur
Lampu bilik tidur merupakan salah satu komponen penting yang anda perlukan di dalam bilik tidur. Warna lampu tersebut mestilah sepadan dengan tema warna bilik tidur tersebut, dan mempunyai fungsi spesifik.
Sebagai contoh, anda boleh memilih warna lampu yang malap untuk menghasilkan suasana romantik bersama yang tersayang. Namun, sekiranya cat bilik tidur anda berwarna gelap, anda boleh memilih warna lampu bilik tidur yang cerah.
Sekiranya anda mempunyai meja bacaan, anda boleh memilih warna lampu yang cerah supaya anda boleh membaca buku dengan lebih mudah. Anda juga boleh memilih candelier untuk membuatkan bilik tidur anda nampak lebih elegan.
6. Pilih Jenis Kain Langsir
Kain langsir adalah salah satu barang bilik yang sangat jarang untuk digantikan dengan kain langsir yang baru. Kebanyakan orang akan menukar kain langsir sekali setahun, kadangkala tidak ditukar bertahun-tahun lamanya. Oleh itu, buatlah pilihan yang bijak.
Antara tips memilih kain langsir ialah anda perlu memadankan warna dan corak yang sesuai. Sekiranya anda tidak mahu menggunakan kain langsir, anda boleh menggunakan tirai roman untuk menghalang cahaya untuk masuk ke bilik tidur anda.
7. Meja Solek
Sekiranya anda seorang perempuan atau anda sudahpun berkahwin dengan isteri anda, semestinya si dia inginkan meja solek di dalam bilik tidur. Anda perlu mengambil kira faktor saiz meja solek tersebut.
Sekiranya bilik tidur anda besar, maka anda boleh memilik meja solek yang bersaiz besar. Jika tidak, anda disarankan untuk memilih meja solek yang bersaiz kecil supaya ia tidak mengambil ruang yang banyak.
Demikian merupakan 7 cara untuk menghias bilik tidur cantik untuk rumah anda. Sekiranya anda tidak mempunyai sebarang gambaran untuk bilik tidur idaman anda, anda boleh mendapatkan nasihat reka bentuk dalaman rumah anda melalui link ini atau WhatsApp kami.
4 Comments
[…] sama dengan rumah sederhana type 21, cuma apa yang membezakan mereka ialah jenis ini mempunyai 2 bilik tidur cantik dan ruang tamu yang lebih luas.Model rumah minimalis 2022 ini walaupun nampak agak kecil, namun […]
[…] Kami kongsikan kepada anda koleksi bilik tidur dengan tona dan tema warna biru yang boleh dijadikan inspirasi untuk anda design rumah anda sendiri dan menghias bilik tidur. […]
[…] Baca juga: Ikuti 7 Cara Ini Untuk Menghias Bilik Tidur Cantik […]