fbpx

Brick Mirror – Design Batu Bata Zaman Millenia

Pada zaman millenia ini, cermin bukan hanya digunakan untuk melihat diri sendiri tapi ia sudah menjadi salah satu dekorasi wajib di ruang kediaman, pejabat mahupun premis perniagaan. Ia menjadi pilihan ramai peminat-peminat deko pada zaman ini kerana sifat cermin itu sendiri yang menjadikan ruang nampak lebih luas.

Selain itu juga, penggunaan cermin mewujudkan ‘sense of wealth‘ atau dengan kata lain ‘rasa mewah’ bila kita berada di ruang yang mempunyai cermin besar. Kini, Wallmaster memperkenalkan satu lagi jenis cermin iaitu cermin batu bata atau brick mirror. 

Brick Mirror

wallmaster jovian brick mirror

Brick mirror atau dalam bahasa melayunya kita panggil cermin batu bata, adalah seni reka cermin terbaru di Malaysia.  Bentuk cermin ini empat segi tepat dan di susun melintang seperti batu bata. Boleh juga di susun menegak mengikut cita rasa individu sendiri.

Ada 4 pilihan warna iaitu clear, bronze, grey, dan dark. Pilihan warna cermin di pilih mengikut kesesuaian kawasan. Jika ingin memberi ruang nampak lebih luas, clear mirror adalah pilihan yang paling sesuai, Sebaliknya, jika inginkan ruang kelihatan lebih tenang dan gelap, grey dan dark adalah cermin yang sesuai.

Selain itu, dengan menggunakan cermin jenis bronze, ruang akan nampak lebih eksklusif dan mewah. Kebiasaanya  bronze brick mirror di gunakan di premis perniagaan dan pejabat. Di bawah ini adalah sebahagian contoh penggunaan brick mirror di ruang kediaman, premis perniagaan dan pejabat.

Video Timelapse Pemasangan Brick Mirror Di Butik Jovian Bangsar Oleh Team Wallmaster

wallmaster jovian brick mirror

Brick mirror ini bukan sahaja cantik, malah ia selamat diletakkan di ruang kediaman kerana ia dilekat dengan menggunakan X-Bond Glue. Pelekat jenis ni memang digunakan untuk tampal bahan-bahan seperti kayu, cermin, concrete dan banyak lagi di kawasan vertical atau menegak kerana ia mempunyai kadar lekatan yang sangat kuat.  Jadi, ia boleh di letakkan di mana-mana sahaja ruang yang sesuai termasuk dapur.

Dinding batu bata sudah biasa kelihatan di dinding-dinding rumah tidak kira menggunakan batu bata asli atau wallpaper. Jadi, untuk zaman moden ni dinding design batu bata juga sudah di olah dengan menggunakan cermin.

Pemilihan design cermin kini sudah pelbagai. Penggemar dekorasi rumah juga sudah banyak pilihan dan idea yang menarik untuk menggandingkan jenis cermin dan konsep hiasan dalaman rumah.

Kongsi info ini:

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*