Apakah benda yang hampir semua orang di seluruh dunia akan lihat apabila mereka membuka mata pada waktu pagi? Ya, jawapannya ialah warna. Terdapat pelbagai jenis warna yang terhasil daripada campuran warna yang lain.
Namun, antara warna yang seringkali anda akan lihat pada waktu harian anda ialah warna pastel. Apabila anda melihat warna pastel, ia akan membuatkan anda berasa sejuk, ceria serta nyaman, bergantung pada jenis warna pastel pilihan anda.
Cat Bilik Tidur Warna Pastel Yang Sesuai
Ianya juga sangat sesuai untuk diguna pakai sebagai cat rumah anda. Trend warna pastel ini sudahpun mula menjadi pilihan warna bilik para pemilik rumah baru. Jika anda sedang memilih warna cat bilik tidur, jom ketahui 4 cat bilik tidur warna pastel yang sesuai untuk anda.
Apa Itu Warna Pastel?

Sebelum kita ketahui cat bilik tidur warna pastel yang sesuai untuk anda, warna pastel merujuk kepada jenis warna yang menuju ke arah warna muda dari jenis warna asasnya. Selain itu, ia juga boleh bermaksud warna yang cerah.
Sebagai contoh, apabila kita mencampurkan warna hijau asas dengan warna putih, ia akan bertukar menjadi warna hijau muda, begitu juga dengan warna-warna lain. Antara ciri warna pastel ialah ianya mempunyai warna yang lembut.
Setelah memahami perkara di atas serta cirinya, 4 cat bilik tidur warna pastel tersebut adalah seperti berikut:
1. Biru Muda

Cat bilik tidur warna pastel yang paling banyak diguna pakai ialah warna biru muda kerana warna ini secara umumnya dapat mempengaruhi mood seseorang yang memberikan manfaat kepadanya dari segi mendapat tidur yang lebih lena dan mudah.
Warna biru muda mempunyai ciri lembut yang membuatkan anda teringat akan warna air laut yang sangat tenang dan sejuk. Kesan terhadap psikologi minda anda ialah ianya akan membantu memperlahankan degupan jantung.
Dari segi saintifik, apabila anda berasa tenang serta degupan jantung anda menurun, ianya akan menyebabkan anda lebih mudah mengantuk dan hasilnya ialah anda akan senang tidur. Selain itu, ianya juga dapat membantu mengurangkan tekanan darah anda.
2. HIjau Muda

Hijau adalah sangat sinonim dengan warna kehidupan. Selain itu, ia juga merupakan warna utama untuk hampir semua jenis tumbuh-tumbuhan. Oleh itu, warna ini serasi dengan definisi ketenangan.
Warna hijau membuatkan anda mengingati saat anda berada di dalam hutan yang tidak mempunyai sebarang bunyi kereta atau elektronik, hanya anda dan alam sekitar. Semestinya anda berasa lebih santai dan terlupa dengan stress kehidupan harian anda.
Inilah sebab kenapa warna ini sesuai sebagai cat bilik tidur warna pastel pilihan anda kerana antara tujuan utama anda memilih warna sesuai untuk bilik tidur ialah untuk membantu anda mendapat tidur yang lebih nyenyak.
3. Merah Jambu

Warna merah jambu seringkali dikaitkan dengan warna feminin disebabkan warnanya yang lembut. Oleh itu, banyak ibu bapa yang mempunyai anak perempuan akan memilih warna ini sebagai pilihan warna bilik untuk anak mereka dan ia salah satu cat bilik tidur warna pastel.
Namun, tidak banyak wanita yang meningkat dewasa inginkan warna ini sebagai warna pilihan bilik mereka, jadi anda disarankan untuk menggunakan warna ini kepada bilik tidur kanak-kanak perempuan.
Dari segi psikogi, warna ini melambangkan perasaan kasih sayang serta ceria. Ianya juga dapat membantu individu yang sering mempunyai sifat marah dan agresif untuk menenangkan perasaannya.
Namun, tidakkah warna merah jambu warna yang sesuai untuk kabinet dapur anda? Jika anda ingin tau dengan lebih lanjut berkenaan kabinet dapur, anda boleh klik di link ini. (Link 1st article)
4. Lilac

Bagi yang tidak mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan warna lilac, ia merujuk kepada jenis warna ungu muda. Namun, kenapakah warna ini disebut sebagai warna lilac?
Lilac berasal dari sejenis bunga yang mempunyai warna ini.
Bunga lilac ini juga mempunyai warna yang lain seperti biru dan putih, namun warna ungu muda ini merupakan warna yang paling memikat mata orang yang melihatnya. Oleh itu, warna ini sekarang menjadi warna yang semakin popular dan disukai orang yang sesuai untuk cat bilik tidur warna pastel.
Kunci utama untuk mendapatkan tidur yang nyenyak ialah melihat warna yang lembut, dan warna lilac semestinya mempunyai ciri tersebut dan ianya melambangkan kebijaksanaan serta misteri sekiranya anda melihat diri anda mempunyai sifat ini.
2 Comments
[…] anda boleh menyimpan duit anda untuk kegunaan lain seperti mengecat rumah anda dan ketahui jenis cat bilik tidur warna pastel yang sesuai untuk […]
[…] kongsikan kepada anda 40 idea dan inspirasi bilik tidur anak perempuan dengan rona warna pastel dan lembut yang tidak terhad kepada bilik anak perempuan tetapi juga sesuai untuk bilik anak lelaki […]