Cermin sememangnya mempunyai banyak keistimewaan. Selalunya kita hanya mengantungkannya di dalam bilik mahupun bilik air supaya mudah untuk kita mempersiapkan diri setiap hari. Namun begitu, cermin juga boleh dijadikan sebagai satu bahan dekorasi rumah anda. Jika diletakkannya dengan betul, cermin itu mampu membuatkan rumah anda lebih besar dan luas daripada bentuk asal.
Cermin Diamond Dinding
Sama seperti tingkap, cermin menambah cahaya kepada dekorasi dalaman rumah , dengan satu kelebihan tambahan- ia boleh dialihkan dan diletakkan mengikut cita rasa anda. Cermin adalah tingkap dekorasi mudah alih yang membolehkan anda untuk menggerakkan cahaya ke kawasan yang berbeza di bilik anda, seterusnya memberikan tumpuan kepada objek-objek yang tertentu seperti lukisan ataupun perabot.
Cermin yang lebih besar memantulkan lebih banyak cahaya ke dalam bilik. Jika anda mahukan sesebuah kawasan itu untuk nampak lebih cerah, cermin yang bersaiz besar lah jawapannya!
Cermin juga mempunyai pelbagai jenis dan reka bentuk. Salah satu yang agak popular dan masih baru lagi di Malaysia adalah cermin diamond dinding atau lebih dikenali sebagai ‘diamond mirror’. Cermin berbentuk seperti ini menjadi kegilaan ramai kerana ia mempunyai reka bentuk seperti berlian, ‘berkilat’ dan kelihatan ‘mahal’.
Selalunya, cermin diamond dinding ini akan dipadankan dengan wainscoting serta bingkai cermin dan diletakkan di ruang-ruang utama seperti ruang makan dan ruang tamu. Selain berfungsi sebagai cermin, ia juga mampu untuk mencantikkan dan menambah elemen ‘moden’ dan ‘mewah’ pada rumah anda. Mari kita lihat bagaimana kepelbagaian pemasangan cermin diamond dinding dilakukan pada gambar-gambar di bawah :
1 Comment
Can install johor area