Artikel ini akan membincangkan tentang deko bilik tidur yang sesuai untuk anak anda.
Anak merupakan anugerah yang sangat bermakna untuk diri seorang insan yang dipanggil sebagai ayah dan ibu. Apabila mereka dilahirkan, anda sebagai ibu atau bapa ingin memberikan segalanya.
Siapa yang tak sayang anaknya sendiri, betul tak? Bagi keluarga yang berkemampuan, mereka ingin anak mereka merasai suasana bilik tidur yang sangat sesuai dengan personaliti mereka.
Apabila kita bercakap berkenaan personaliti, setiap individu mempunyai pilihan tersendiri berkenaan skema warna, susun atur perabot, dan sebagainya bagi menghiasi bilik tidur mereka.
Idea Deko Bilik Tidur Untuk Anak
Sebab itulah ianya menjadi pilihan yang agak sukar untuk ditentukan bagi deko bilik tidur anak mereka. Bagi memudahkan pilihan anda, kita bahagikan deko bilik tidur tersebut melalui jantina dan umur.
1. Anak Lelaki (1-12 Tahun)
Apabila kita membincangkan tentang deko bilik tidur untuk anak lelaki yang berada dalam lingkungan 1-12 tahun, mereka masih muda dan inginkan inspirasi dan keseronokan.
Terdapat pelbagai jenis tema deko bilik tidur yang anda boleh gunakan untuk anak lelaki anda seperti bilik bertemakan superhero, tema abstrak, tema khemah, tema pantai, dan pelbagai pilihan tema yang lain.
Apa yang anda boleh lakukan untuk mendapat pilihan yang sesuai dan disukai oleh anak anda adalah anda perlu bertanya anak anda tentang perkara yang paling diminati mereka pada masa itu.
Sebagai contoh, sekiranya anak lelaki anda menggemari kereta mainan dan mempunyai personaliti yang aktif, anda boleh menggunakan tema kereta sebagai pilihan deko bilik tidur anak lelaki anda dan memilih cat warna cerah untuk biliknya.
2. Anak Lelaki (13-18 Tahun)
Apabila anak lelaki anda mencecah umur remaja, mereka tidak akan menggemari tema bilik yang nampak seakan-akan mereka masih budak-budakan.
Mungkin pada masa ini, mereka sudah tidak mempunyai minat yang sama seperti masa mereka masih muda. Anda disarankan untuk memberi kebebasan kepada mereka untuk menyusun bilik mereka.
Sekiranya dia tidak kisah, anda boleh memilih tema bilik yang melambangkan kematangan serta selesa untuk anak lelaki anda. Sebagai contoh, anda boleh memilih tema vintage sebagai pilihan deko bilik tidur.
3. Anak Perempuan (1-12 Tahun )
4. Anak Perempuan (13-18 Tahun)
Apabila dia sudah mencecah usia remaja, mereka akan mempunyai keinginan untuk mencari identiti diri. Reka bentuk dan susun atur biliknya perlu mempunyai almari dan cermin.
Ini adalah disebabkan oleh usia mereka yang mula peka dengan keterampilan diri serta pandangan rakan-rakan terhadap bilik mereka apabila mereka mengunjungi biliknya.
Anda juga boleh menyusun perabot yang mempunyai sifat feminin seperti warna pink atau warna pastel di dalam biliknya. Selain itu, anda juga perlu memasang beberapa kabinet dalam bilik tersebut.
Bagi pilihan lantai bilik, anda boleh menggunakan lantai papan kayu untuk menghasilkan suasana vintage. Anda juga boleh menghias biliknya dengan lampu yang mempunyai warna-warna yang menarik.
Demikian merupakan deko bilik tidur yang sesuai untuk anak anda. Namun, anda perlu ingat untuk bertanya pendapat anak anda terlebih dahulu sebelum menghiasi bilik tidur mereka.
Bukan mudah untuk melakukan pilihan yang tepat untuk menghasilkan deko bilik tidur yang sesuai untuk anak anda. Anda juga boleh lihat konsep wainscoting design ruang tamu untuk mencantikkan rumah anda.
Anda boleh mendapatkan khidmat profesional reka bentuk dalaman rumah melalui link ini atau hubungi kami.
2 Comments
[…] nak design rumah idaman yang kita inginkan. Macam-macam benda yang kita perlu fikir, contohnya deko bilik tidur, dapur, tandas, atau rekaan wainscoting design ruang tamu.Bila masuk sahaja ke rumah kawan-kawan, […]
[…] mereka masih tinggal di rumah ibu bapa, mereka masih ada keinginan untuk menghias bilik mereka, deko bilik tidur atau mengubah reka bentuk keseluruhan bilik mereka tanpa menggunakan wang ibu bapa mereka.Ruang […]