English Country Style mengutamakan elemen berunsur tumbuh-tumbuhan. Selain dari itu, perabot juga memainkan peranan yang besar dalam ubahsuai dalaman berkonsepkan english. Kebiasaannya, gaya tradisional dan warna lembut menjadi pilihan peminat konsep english dan setiap dekorasi yang dipilih akan mewujudkan suasana yang tenang dan sesuai untuk seisi keluarga.
Ini antara 5 elemen yang digunakan dalam deko style english.
1.Perabot tradisional
Style perabot yang akan digunakan dalam konsep ini ialah perabot tradisional, seperti Queen Anne atau Victorian. Kerusi dan sofa pula selalunya menggunakan kain yang bercorak bunga dan halus.
2. Perabot berasaskan kayu
Material utama bagi perabot style english ini adalah kayu. Kayu yang dipilih adalah ringan, berwarna gelap atau dicat gelap.
Meja, dressers, dan juga rak buku biasanya diperbuat dari kayu oak,mahoni atau pine. Perabot Accent seperti handle pula akan dibuat daripada tembaga.
3. Corak kain
Pada bahagian ruang tamu umumnya, corak sarung bantal, langsir dan juga alas meja biasanya akan menggunakan corak bunga dan damas. Coraknya juga bersaiz kecil dan halus. Ada kalanya juga setiap elemen menggunakan corak yang berbeza.
4. Wainscoting
Wainscoting sangat sinonim dengan dekorasi konsep english. Wainscoting ini juga berasal dari barat. Akan rasa tidak lengkap jika tidak jadikan wainscoting sebagai salah satu elemen di dalam deko rumah. Wainscoting juga ada pelbagai jenis dan design. Boleh pilih ikut kesesuaian tempat.
5. Langsir Tingkap
Tidak lengkap dekorasi tanpa langsir kan? Untuk langsir pula, biasanya akan menggunakan corak yang halus dan kecil. Corak yang menjadi pilihan pula ialah corak yang berunsurkan bunga-bungaan. Selain cantik, langsir juga dijadikan penghadang cahaya matahari.
Anda dah dapat bayang macam mana rumah yang berkonsepkan english? Kalau dah, boleh la mulakan dekorasi..