Wanita pada zaman sekarang sudah berbeza jika dibandingkan dengan wanita zaman ayah dan atuk kita. Semakin banyak wanita bujang mencari wang pendapatan sendiri sebelum berkahwin.
Ada juga golongan wanita yang sudah mengumpul wang yang mencukupi untuk membeli rumah sendiri, manakala ada juga yang masih tinggal bersama ibu bapa mereka.
Ketahui 5 Design Bilik Tidur Perempuan Popular Terkini
1. Konsep Bilik Tidur Moden

Sekiranya anda menggemari konsep bilik tidur moden dan inginkan reka bentuk dalaman rumah yang sama bagi seluruh ruangan rumah namun anda risau sekiranya ianya sesuai untuk design bilik tidur perempuan atau tidak, usah khuatir.
Anda perlu memahami bahawa anda boleh olah reka bentuknya supaya kelihatan lebih feminin serta masih menerapkan konsep bilik tidur moden bagi design bilik tidur perempuan.
Anda boleh menggunakan warna moden seperti putih atau kelabu dan warna kontras seperti hitam atau beige yang masih kelihatan feminin. Akhir sekali, anda perlu menggunakan perabot yang mempunyai hasil seni yang lembut.
2. Dekorasi Dwi-Tona

Apakah yang dimaksudkan dengan dwi tona? Anda boleh menggunakan hanya dua warna sebagai pilihan untuk bilik tidur anda. Jadi apakah jenis warna yang boleh diterapkan dalam konsep dekorasi dwi-tona?
Anda perlu menggunakan warna-warna pastel yang mempunyai tona yang berbeza. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan tona warna cerah untuk warna pertama, manakala tona warna pastel seperti hijau dan biru laut untuk warna kedua.
Melalui dua warna pastel ini, ia akan menghasilkan kombinasi yang sangat cantik serta feminin untuk design bilik tidur perempuan. Warna neutral seperti hitam dan putih boleh diguna pakai untuk aksesori hiasan bilik.
3. Tema Warna Putih Bersih

Sekiranya anda menggemari warna yang bersih, anda boleh memilih tema warna putih bersih sebagai pilihan design bilik tidur perempuan. Warna putih seringkali melambangkan kesucian atau kebersihan.
Berbeza dengan lelaki, wanita lebih sesuai memakai warna cerah kerana ianya melambangkan sifat feminin wanita. Warna cat di dinding bilik, katil, serta meja bilik mestilah menggunakan warna putih.
Untuk menghasilkan efek kontras dalam bilik ini, anda boleh memadankan warna putih dengan warna lembut yang feminin seperti warna merah jambu atau warna pastel.
Sebagai contoh, warna langsir merah jambu dan bantal merah jambu akan kelihatan sangat cantik dan mampu untuk menyerlahkan sifat feminin anda.
4. Bilik Minimalis

Bagi wanita yang menggemari konsep minimalis atau mempunyai ruangan bilik yang sempit, maka anda boleh memilih konsep bilik dengan floor bed ini. Namun, konsep ini lebih menjadi pilihan para ibu bapa yang mempunyai anak kecil.
Ini adalah kerana ciri utama floor bed ialah ianya sangat rendah kerana platformnya yang sangat pendek. Namun, anda boleh memanfaatkan ruang yang lebih di atas dinding floor bed tersebut untuk memasang rak buku.
Bagi ruang bilik tidur yang kecil, anda perlu memanfaatkan ruang yang ada untuk design bilik tidur perempuan. Anda boleh memasang cermin besar di dinding bersebelahan dengan floor bed tersebut.
5. Bilik Dengan Hiasan Lampu

Kebanyakan perempuan menggemari bilik yang mempunyai beberapa pilihan lampu. Sebagai contoh, lampu malap akan digunakan apabila tiba waktu sebelum tidur, manakala lampu cerah akan digunakan untuk membaca.
Apa lagi hiasan lampu yang anda boleh gunakan? Anda boleh menggunakan mesin projektor dan menggunakan ruangan dinding sebagai skrin sekiranya anda ingin bersantai di katil sambil melihat siri kegemaran anda.
Selain itu, anda juga boleh menggantungkan lampu kelip di ruang dinding atau di sekeliling rak bilik tersebut untuk menghasilkan efek pencahayaan yang sangat menarik dan versatil.
Anda boleh menyerlahkan daya kreatif anda dengan memadankan pelbagai jenis warna-warna lampu sebagai pilihan anda. Terdapat pelbagai jenis lampu yang terdapat di laman web shopee atau lazada yang anda boleh pilih.
Demikian merupakan 5 design bilik tidur perempuan popular terkini. Sekiranya anda memerlukan khidmat konsultasi dari pakar, kami di Wallmaster berpengalaman luas dalam interior design dan anda boleh dapatkan konsultasi percuma dengan hubungi kami atau WhatsApp kami.