fbpx

ACCENT WALL / BOARD & BATTEN , DESIGN ‘FEATURE WALL’ YANG BAKAL TRENDING PADA TAHUN 2020 !

Feature wall ialah satu dinding yang nampak unik dan menyerlah berbanding dinding lain. Sesetengah pemilih rumah menggunakan cat, susunan frame, hiasan DIY dan ada juga yang memasang wainscoting untuk mencipta atau mewujudkan feature wall. Antara feature wall yang menarik dan menjadi pilihan masyarakat Malaysia kini adalah dengan menggunakan kayu seperti wainscoting. Sehingga kini, design tu masih lagi digemari ramai.

ACCENT WALL / BOARD & BATTEN , DESIGN 'FEATURE WALL' YANG BAKAL TRENDING PADA TAHUN 2020 !

Pasti semua pemilik rumah baru teruja untuk adakan feature wall di rumah mereka tapi anda perlu tahu bahawa bukan semua dinding perlu dijadikan feature wall. Di dalam sesebuah ruang, hanya satu wall sahaja yang akan ditonjolkan sebagai focal point di ruang tersebut. Hiasan dan design biasanya sedikit berbeza dengan dinding-dinding lain untuk mewujudkan kelainan dan keunikan.

Awal tahun 2019, trend masyarakat Malaysia ialah pasang elemen seperti wainscoting yang berkonsepkan english klasik. Ketika itu, kebanyakan butik-butik terkenal dan ramai di antara masyarakat juga turut pasang wainscoting di kediaman mereka.

Namun, apabila menjelang 2020 kebanyakan mereka mula mencari idea yang lebih fresh dan moden. Jadi di sini ada beberapa idea yang telah mendapat perhatian masyarakat di Malaysia. Dengan hanya menggunakan kayu, feature wall anda akan kelihatan lebih unik dan artistik. 

Ruang rumah yang sesuai untuk di implimentasikan feature wall dengan menggunakan design-design ini adalah di ruang tamu, ruang makan, bilik tidur ataupun hallway rumah. Ikut kesesuaian ruang tersebut juga. Di sini ada beberapa contoh design feature wall yang berkonsepkan moden dan bakal meletup pada tahun 2020 nanti. 

feature wall img1
feature wall img2
feature wall img3
feature wall img4
feature wall img5
feature wall img6
feature wall img7
feature wall img8
feature wall img9
feature wall img10
feature wall img11
feature wall img12
feature wall img13
feature wall img14
feature wall img15

Mudah sahaja untuk buat feature wall ni sebenarnya. Tapi perlu di ingat pemilihan warna yang tepat juga memainkan peranan yang penting bagi memastikan feature wall tampak lebih menarik dan terserlah berbanding dinding-dinding yang lain. Antaranya warna yang sesuai, adalah pemilihan warna yang gelap dan dicatkan senada sahaja (satu warna).

Dah dapat idea untuk rumah baru 2020? Semoga dapat membantu mereka yang buntu.

Kongsi info ini:

3 Comments


Abdul jalil mahmud
05/20/2020 at 1:35 pm
Reply

Tuan. Kat mana nk dapatkan metirail dia.tq


Su
06/03/2020 at 7:19 pm
Reply

Boleh dapatkan quotation utk wainscoting hall?
Anggaran dinding 20 x 10 kaki & 10 x 10 kaki & dinding tangga.


Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*