fbpx

5 Design Rumah Moden Popular Tahun 2022

Setiap rakyat Malaysia mesti mempunyai impian untuk memiliki rumah sendiri yang boleh menjadi tempat untuk mereka memulakan kehidupan mereka bersama yang tersayang dan anda juga mesti mempunyai rumah impian tersendiri, betul?

5 Design Rumah Moden Popular Tahun 2022

Sesetengah orang menyukai kehidupan berjiran manakala ada yang inginkan privasi. Pilihan rumah anda akan bergantung pada gaya hidup yang sesuai untuk anda. Jika anda tidak mempunyai idea berkenaan rumah idaman anda, mari lihat 5 design rumah moden popular tahun 2022.

1. Rumah Minimalis

design-rumah-moden

Design rumah moden gaya minimalis pada zaman ini menjadi kian popular. Anda mesti pernah dengar istilah ‘less is better’? Bagi orang yang menyukai rumah design moden yang menawarkan ruangan yang efisien dan mudah untuk diakses, rumah ini sesuai untuk anda.

Seperti apa yang dimaksudkan oleh minimalis, konsep ini tidak memerlukan ruangan yang luas. Konsep  design rumah moden seperti ini amatlah sesuai bagi orang bujang ataupun pasangan suami isteri yang baru sahaja ingin memulakan hidup bersama-sama.

Jika anda mempunyai anak yang lebih daripada 2 orang, design rumah moden seperti ini sangat tidak sesuai kerana privasi anda akan seringkali diganggu oleh anak-anak disebabkan oleh sifat rumah minimalis yang kecil dan sempit.

Buat pengetahuan anda, rumah minimalis ini terdiri daripada pelbagai jenis seperti rumah minimalis sederhana, rumah minimalis jenis shotgun, rumah kontena, dan pelbagai lagi variasi yang lain.

 

2. Rumah Lodge

design-rumah-moden

Rumah jenis lodge mempunyai ruang yang luas, kadangkala hanya setingkat, namun pada kebiasaannya mempunyai dua tingkat. Rumah ini sesuai bagi individu yang inginkan suasana perkampungan yang mempunyai banyak pokok-pokok yang besar dan tinggi.

Jika anda berada di kawasan luar negara seperti Amerika Syarikat atau negara Eropah yang lain, mereka menggunakan rumah lodge sebagai rumah percutian apabila mereka ingin pergi memburu haiwan dalam hutan tatkala mereka sedang bercuti bersama keluarga atau rakan.

Pemilik kebun di Malaysia sekarang kebanyakannya menyukai design rumah moden jenis lodge ini. Kelebihannya ialah mereka dapat menikmati keindahan flora dan fauna sejurus selepas mereka keluar dari rumah mereka. Alangkah seronoknya anda untuk menikmatinya?

3. Banglo

design-rumah-moden

Apabila orang menyebut tentang rumah banglo di Malaysia, semestinya mereka akan menyangkakan bahawa pemilik banglo tersebut merupakan orang yang kaya. Namun, ianya merupakan satu fakta kerana kos untuk memiliki rumah banglo bukannya murah.

Rumah banglo pada kebiasannya akan mempunyai 4-6 buah bilik tidur yang besar, kebanyakannya bertingkat, dan mempunyai kolam renang sendiri.

Kos untuk membina rumah banglo tidak murah, kerana sebuah rumah banglo akan mengambil kos di antara 1 hingga 3 juta bergantung pada kawasan yang diingini. Sekiranya anda bina rumah banglo di kawasan elit macam Bangsar, semestinya lagi mahal kosnya.

4. Rumah Bandar (Townhouse)

design-rumah-moden

Rumah bandar adalah antara jenis rumah teres yang dimodenkan. Ciri-ciri rumah ini selalunya mempunyai tapak yang tidak luas, namun ianya bertingkat-tingkat – minimum 3 tingkat, kadangkala 4 tingkat.

Rumah jenis ini selalunya mempunyai pemilik berbeza di tingkat atas dan bawah, namun sekiranya anda mempunyai wang yang banyak serta ingin memiliki kesemua tingkat, tidak akan menjadi masalah buat anda.

Konsep townhouse ini pada kebiasaannya dimiliki oleh pemaju hartanah dan dijual kepada individu yang berminat untuk memiliki rumah tersebut, serta dikawal oleh pengawal, mempunyai kemudahan dan keselamatan yang dikongsi oleh komuniti kawasan tersebut.

5. SOHO

design-rumah-moden

Apabila kita membincang berkenaan rumah jenis SOHO, kebanyakan orang langsung tidak mengetahui apakah yang maksudkan oleh SOHO. Ia merupakan satu akronim yang membawa maksud Small Office Home Office atau rumah kecil pejabat rumah.

Rumah jenis ini sangat sesuai bagi golongan bujang ataupun pasangan pengantin baru yang inginkan rumah yang mempunyai gabungan ciri-ciri tempat tinggal serta tempat bekerja.

Inovasi reka bentuk dalaman semasa yang terdapat dalam rumah jenis SOHO membolehkan anda menggunakan ruang dengan lebih efisien, walaupun saiznya kecil jika ingin dibandingkan dengan jenis-jenis rumah design moden yang lain.

Demikian merupakan design rumah moden yang popular bagi tahun 2022 yang menarik untuk anda ambil tahu. Sekiranya anda sudahpun memiliki rumah dan ingin merancang untuk mengubah suai ruang dalaman rumah, anda boleh klik di pautan ini.

Kongsi info ini:

1 Comment


Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*