Seni reka dinding dengan menggunakkan board dan batten sebenarnya telah wujud dari zaman datuk nenek kita. Tapi kini, trend ini telah kembali dengan design yang lebih moden dan simple lebih lagi hiasan board.
Idea Hiasan Board
Design dinding board dan batten ini tidak terhad penggunaanya di ruang tamu sahaja. Malah, keseluruhan rumah juga sesuai menggunakan board dan batten sebagai hiasan dinding. Selain cantik, penggunaan board dan batten ini dapat menjadikan ruang dinding kita nampak lebih kemas dan teratur. Di bawah ini terdapat beberapa contoh penggunaan board dan batten di ruang rumah.
Ruang kelihatan lebih simple dengan penggunaan board dan batten di dinding. Pemilihan board dan batten pada keseluruhan dinding memberi impak elegan atau ‘nampak mahal ‘pada ruang senang dan kemas. Sangat sesuai digunakan di dalam bilik tidur.
Juga sesuai diletakkan di dinding tangga sebagai tying element ruang bawah dan ruang atas. Bertukar dari dinding kosong kepada dinding berhias seperti di atas memang menjadi idaman setiap orang. Dengan hasilnya yang menawan dan kemas, pasti semua ahli keluarga gembira dengan hiasan board.