fbpx

Idea Pembahagian Ruang : Ilusi Kontras Untuk Kediaman Berkeluasan Kecil

Hartanah masa kini banyak hadir dalam saiz yang  yang kecil kadangkala memberikan kesukaran untuk anda mencipta ruang yang indah tetapi praktikal untuk didekorasi.

 

Namun jika anda bijak bermain susun atur dari segi pilihan perabot loose mahupun siap pasang, ruang ilusi akan tampil kemas dalam masa yang sama memberikan penjimatan ruang jika ia disertakan pilihan penyimpanan alternatif.

 

Ada beberapa cara untuk memastikan kediaman yang memiliki ruang terhad ini kelihatan lebih teratur dan bisa didiami dengan selesa dan cantik dengan ruang ilusi.

Ruang Ilusi

ruang-ilusi

Antara teknik yang boleh anda guna adalah dengan memilih menggunakan warna kontras untuk pembahagian antara ruang. Tanpa binaan yang menjadikan ruang lebih sempit, penggunaan warna berbeza cukup untuk meanadakan ruang sebagai segmen berbeza dalam kediaman.

 

Seperti rumah apartmen yang kami lengkapkan ini, ruang dapur asalnya adalah lebih kecil. Untuk memberi ruang penyimpanan tambahan dan ruang kerja, kabinet berpulau di lantas menciptakan foyer dari pintu masuk menuju ke ruang tamu.

 

Untuk menampakkan ruang lebih teratur, warna biru gelap dipilih bersama perincian coklat gelap yang bertindak sebagai accent pada rekaan ruang ilusi.

 

Pilihan warna yang bersifat universal penting untuk memastikan padanan perabot dan ambiens keseluruhan kediaman kelihatan harmoni.

 

Pilihan warna gelap untuk ruang dapur kecil ini dipadankan bersama rona lebih pastel pada ruang tamu dan ruang makan yang bersebelahn mengurangkan ilusi dimensi yang terlihat sempit.

 

Pilihan warna gelap di ruang dapur ini adalah untuk memastikan penjagaan yang minimum dalam jangka masa panjang.

Kongsi info ini:

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*