fbpx

4 Sebab Kenapa Anda Perlu Sertai ‘Interior Design Consultation Day’

Rumah merupakan satu keperluan yang wajib dimiliki oleh semua orang yang inginkan kawasan peribadi tersendiri. Pemilikan rumah tidak hanya terhad bagi yang berkahwin sahaja, individu bujang juga inginkan rumah sendiri.

Namun, tak banyak orang arif tentang reka bentuk dalaman rumah. Kebanyakan orang hanya memikirkan jenis rumah yang mereka inginkan seperti rumah banglo, teres, apartmen, rumah flat, dan sebagainya.

Interior Design Consultation Day

Walaupun anda sudah mempunyai gambaran untuk reka bentuk dalaman rumah yang anda idamkan, anda masih tidak mengetahui perkara teknikal berkenaan reka bentuk dalaman rumah dan anda bukan pakar dalam bidang ini.

Adakah anda tergolong dalam kategori orang yang kami sebut di atas? Jika ya, anda perlu mengetahui 4 sebab kenapa anda perlu menyertai ‘Interior Design Consultation Day’ (IDCD).

1. Dapatkan Penjelasan Tentang Proses Interior Design Consultation Day

Majoriti pembeli rumah tidak mempunyai masa untuk berfikir tentang proses reka bentuk dalaman rumah oleh kerana mereka terlalu sibuk dengan kerja harian mereka.Oleh itu, mereka tidak mengetahui apakah proses-proses yang perlu dijalankan supaya mereka mendapat reka bentuk ruang dalaman rumah yang diidamkan.Apabila perkara sedemikan berlaku, ia akan menyebabkan diri mereka berasa terburu-buru memikirkan bila tempoh ianya akan disiapkan. Namun, ianya berbeza jika anda sudah arif dengan proses yang perlu dijalankan.Berdasarkan maklumat yang anda perolehi berkenaan segala proses reka bentuk dalaman (rumah design moden) rumah anda, anda sudah boleh menjangka berapa lamakah tempoh untuk ianya siap.Apabila anda perolehi maklumat ini sejurus menyertai Interior Design Consultation Day, anda boleh merangka pelan yang sesuai untuk menjangka masa untuk anda boleh memindahkan barang-barang anda ke rumah tersebut.

2. Akses Sesi Konsultasi 1 on 1

Semestinya anda juga akan merasa tidak seberapa selesa apabila anda berkongsi masa dengan peserta-peserta lain untuk bertanya pendapat pakar tentang reka bentuk dalaman rumah?

Namun, anda tidak perlu menghadapi senario seperti di atas kerana apabila anda menyertai Interior Design Consultation Day, anda boleh mendapatkan akses untuk menyertai sesi konsultasi 1 on 1.

Apabila anda mendapat akses ini, anda boleh bertanya pelbagai soalan berkenaan reka bentuk dalaman yang anda idamkan tanpa perlu berkongsi masa atau segan dengan peserta-peserta lain. 

Semua peserta mempunyai masa yang diberikan mengikut slot yang didaftarkan supaya anda boleh meluangkan masa untuk bertanya pakar tentang reka bentuk dalaman rumah yang anda inginkan.

3. Untuk Mengelak Dari Mendapat Kerugian

Tahukah anda sekiranya anda ingin membuat reka bentuk dalaman rumah dengan sendirinya, ia memerlukan begitu banyak ilmu seperti mengetahui dimensi ruang tersebut, ilmu lakar reka bentuk rumah, serta kerja bertukang.

Sekiranya anda tidak berpengalaman, anda berpotensi untuk melakukan pelbagai kesilapan yang boleh merosakkan rangka ruang dalaman rumah tersebut, dan anda perlu membaiki kerosakan tersebut yang memerlukan kos yang banyak.

Sebagai contoh, sekiranya anda memasang wainscoting di dinding dan anda ingin melakukan pendawaian, semestinya ianya tidak akan nampak cantik apabila anda terpaksa menebuk papan wainscoting tersebut.

Tetapi, apabila anda menyertai sesi konsultasi Interior Design Consultation Day, anda boleh mengetahui proses-proses yang perlu dijalankan mengikut urutannya supaya tidak akan ada kesilapan yang tidak diingini, sejurus mengelakkan diri anda daripada kerugian.

4. Konsultasi Adalah Percuma di Interior Design Consultation Day

Kebanyakan pemilik tidak ingin menyertai kursus konsultasi berkenaan reka bentuk dalaman rumah mereka kerana mereka sudahpun mempunyai kos yang banyak untuk disediakan demi menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian rumah.

Sebab itulah mereka berasa berat untuk mengeluarkan kos untuk menyertai kursus konsultasi reka bentuk dalaman rumah. Kami faham dengan kesusahan dan keresahan yang dialami para pemilik rumah baru.

Oleh yang demikian, kami memberikan konsultasi percuma kepada semua peserta yang ingin menyertai kursus Interior Design Consultation Day ini supaya anda boleh mendapatkan nasihat pakar berkenaan ruang dalaman rumah idaman anda.

Demikian merupakan 4 sebab kenapa anda perlu menyertai Interior Design Consultation Day (IDCD). Acara ini hanya akan berlangsung dari 1-17 Februari, jadi rebut peluang ini sekarang!  Untuk menyertai IDCD, sila hubungi kami.

Kongsi info ini:

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*