Konsep Interior Design KL
Kenapakah reka bentuk dalaman rumah menjadi satu perkara yang perlu dititikberatkan? Walaupun ia seringkali dikaitkan dengan status seseorang, ia mampu membina mood yang anda inginkan untuk bilik tersebut.
Sebagai contoh, konsep reka bentuk dalaman rumah yang tertentu dapat menceriakan ruangan tersebut atau membuatkan ruangan tersebut melahirkan suasana yang romantik untuk pasangan anda.
Oleh yang demikian, anda perlu memilih konsep yang sesuai untuk dalaman rumah anda. Anda tidak tahu untuk pilih yang mana satu? Mari kita ketahui 7 konsep interior design kl terhangat 2023.
1. Konsep Skandinavia
Anda mesti pernah mendengar konsep ini kerana ia seringkali menjadi konsep interior design KL yang paling popular pada tahun ini. Reka bentuk dalaman rumah jenis Skandinavia sangat sinonim dengan kebersihan.
Apa yang dimaksudkan ialah reka bentuk ini kerap kali menggunakan bahan-bahan yang berwarna putih seperti seramik, serta mempunyai lantai kayu. Konsep Skandinavia pada kebiasaannya tidak mempunyai dekorasi yang berlebihan.
2. Konsep Moden
Konsep moden merupakan jenis reka bentuk dalaman rumah yang seiring dengan peredaran zaman. Ia melambangkan kemajuan serta mempunyai peralatan elektronik yang canggih.
Pada kebiasaannya pilihan warna yang digunakan mempunyai sebanyak 4 tona warna, iaitu 2 warna cerah serta 2 warna yang gelap supaya warna tersebut dipadankan dengan warna yang kontras dengannya.
Ciri-ciri reka bentuk dalaman rumah jenis ini selalunya menggunakan kerusi atau perabot yang diperbuat daripada material besi serta kaca untuk menghasilkan pemandangan yang futuristik atau moden.
Konsep moden merupakan jenis reka bentuk dalaman rumah yang seiring dengan peredaran zaman. Ia melambangkan kemajuan serta mempunyai peralatan elektronik yang canggih.
Pada kebiasaannya pilihan warna yang digunakan mempunyai sebanyak 4 tona warna, iaitu 2 warna cerah serta 2 warna yang gelap supaya warna tersebut dipadankan dengan warna yang kontras dengannya.
Ciri-ciri interior design KL jenis ini selalunya menggunakan kerusi atau perabot yang diperbuat daripada material besi serta kaca untuk menghasilkan pemandangan yang futuristik atau moden.
3. Konsep Rumah Industrial
Di manakah konsep reka bentuk ini mendapat namanya? Ianya disebabkan oleh ciri-ciri reka bentuk dalaman rumah tersebut yang menyerupai gudang industri. Pilihan warna yang seringkali diguna pakai ialah warna hitam atau abu-abu.
Selain itu, konsep ini menjadi antara pilihan sebagai konsep interior design KL yang terhangat disebabkan oleh penggunaan bahan metallic serta mempunyai reka bentuk kichen set jenis minimalis. Anda pasti akan menyukai konsep ini.
4. Konsep Bohemian
Konsep bohemian ini walaupun sudah lama diperkenalkan di Malaysia, namun ia tetap menjadi salah satu daripada konsep yang paling popular oleh kerana ianya sangat sesuai untuk individu yang mempunyai personaliti ekspresif.
Konsep ini kerap kali menggunakan karpet serta kain-kain yang mencorakkan ruangan kosong yang terdapat di rumah idaman anda. Selain itu, ia melambangkan sifat ekspresif disebabkan oleh pilihan kombinasi warna yang pelbagai.
5. Konsep Nautika
Adakah anda inginkan suasana seperti berada di tepi pantai, namun anda sebenarnya sedang berada di dalam rumah? Jangan risau, konsep Nautika ialah pilihan yang paling sesuai untuk anda.
Pemilihan warna-warna pantai seperti biru laut, putih, dan coklat membuatkan anda berasa seperti rumah anda berada di persisiran pantai. Selain itu, anda juga boleh menghiaskan rumah dengan kulit kerang serta barangan yang ada di dalam kapal.
6. Konsep Victorian
Konsep Victorian ini sudah lama diperkenalkan dan diinspirasikan daripada reka bentuk dalaman rumah di zaman era Victoria di England. Konsep ini seringkali diguna pakai oleh pemilik rumah yang kaya raya.
Corak dan seni bina dalaman rumah berkonsepkan Victorian kelihatan sangat mewah dan berprestij. Warna yang seringkali menjadi pilihan bagi konsep ini ialah warna emas serta putih gading.
Selain tu, ciri-ciri perabot pilihan bagi konsep ini seringkali nampak elegan dan mempunyai banyak lekukan. Benda yang wajib ada dalam konsep ini ialah sebuah lampu candelier untuk melahirkan suasana mewah.
7. Konsep Vintage
Konsep interior design KL yang terakhir ialah konsep Vintage. Konsep ini seringkali menjadi pilihan para wanita yang memiliki rumah sendiri kerana penampilan reka bentuknya yang cantik dan lembut seperti wanita.
Pilihan warna yang seringkali diguna pakai ialah warna-warna lembut seperti putih, warna-warna pastel, kuning muda, serta hijau muda. Selain itu, reka bentuk ini dicorakkan dengan bunga-bungaan.
Namun, sebab utama ianya dipanggil sebagai konsep Vintage ialah pilihan perabotnya. Konsep ini menggunakan perabot kayu yang catnya terkupas atau luntur untuk melahirkan suasana seperti perabot itu digunakan sejak zaman dahulu.
Demikian merupakan 7 konsep interior design KL terhangat tahun 2023. Sudahkah anda mengambil keputusan untuk memilih konsep reka bentuk dalaman rumah idaman anda? Anda juga boleh mendapatkan khidmat interior design KL dari Wallmaster. Boleh lihat Projek atau WhatsApp kami.
4 Comments
[…] Looking for Interior Design KL Concept? Check this Article […]
[…] 7 Konsep Interior Design KL Yang Anda Perlu Tahu […]
[…] Ketahui 7 Konsep Interior Design KL Terhangat 2023 […]