JANGAN BERANI HIAS RUMAH JIKA ANDA TAK TAHU TENTANG 7 POINT INI !

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Ramai di antara kita masih terkeliru tentang hiasan dalaman dengan dekorasi dalaman. Pengetahuan masyarakat berkaitan hiasan dalaman amat sedikit, terhad kepada pengubah suaian hiasan rumah dengan penambahan perincian perabot dan hiasan dinding sahaja. Ia bukanlah semudah yang disangkakan dengan hanya menyusun atur perabot rumah yang merujuk kepada dekorasi rumah semata. Hiasan dalaman mempunyai elemen dan prinsipnya yang tersendiri.

Jadi hari ini, ada sedikit pengkongsian mengenai hiasan dalaman, iaitu 7 elemen penting dalam hiasan dalaman.

1. Space

Ruang merupakan elemen yang paling penting dalam hiasan dalaman yang menjadi asas kepada sesuatu design yang dihasilkan. Ruang terbahagi kepada ruang two dimensional (2D) three dimensional (3D).  Ruang 2D meliputi bahagian lantai sahaja (panjang dan lebar) manakala ruang 3D merangkumi keseluruhan (keluasan) ruang (panjang, lebar dan tinggi). Ruang ini secara amnya akan dilengkapi dengan perabot dan hiasan dekorasi yang mengikut konsep rumah tersebut. Pemilihan konsep rumah amat penting bagi menentukan hiasan dekorasi dan susun atur yang bersesuaian untuk memberikan aura positif kepada tuan rumah itu sendiri.

See the source image
Gambar hiasan

2. Line (garisan)

Bentuk sama ada petak, bulat, segi tiga, bujur dan sebagainya merupakan hasil daripada cantuman garisan yang akan memberikan efek keseragaman dan kontras di sesuatu ruang kediaman. Elemen garisan sangat penting dalam hiasan dalaman kerana ia akan memberikan gambaran kepada ruang hiasan tersebut.

Garisan boleh dibahagikan kepada 3 jenis garisan, iaitu garisan melintang, menegak dan dinamik. Garisan melintang boleh didapati pada struktur meja, kerusi dan katil manakala garisan menegak dijumpai pada pintu, tingkap dan almari. Garisan dinamik (dynamic or angular lines) pula boleh didapati pada struktur tangga kerana ia mempunyai sudut (angle). Oleh itu, seorang pereka hiasan dalaman wajib mengetahui cara menggabungkan garisan ini untuk menghasilkan bentuk yang juga merupakan elemen penting dalam bidang hiasan dalaman.

See the source image
Gambar hiasan

3. Form (bentuk)

Bentuk amnya merujuk kepada rupa dan konfigurasi sesuatu objek. Bentuk akan terhasil dengan mengabungkan dua atau lebih objek 3D pada sesuatu ruang yang akan memberikan kesan kepada elemen yang lain seperti tekstur, warna dan corak ruang tersebut. Penggabungan bentuk yang harmoni dan seragam menghasilkan ruang yang seimbang dan selesa.

Terdapat 2 jenis bentuk geometrik dan bentuk semula jadi. Bentuk juga boleh dikategorikan kepada bentuk terbuka (boleh dilihat) dan bentuk tertutup (yang ditutupi oleh sesuatu permukaan).  Jadi dapat disimpulkan bahawa elemen ruang dan garisan diperlukan untuk menghasilkan bentuk yang menarik.

See the source image
Gambar hiasan

4. Lighting (pencahayaan)

Pencahayaan merupakan elemen yang utama dalam hiasan dalaman sama ada ianya man-made ataupun cahaya semula jadi. Tanpa elemen pencahayaan, elemen warna, tekstur dan corak menjadi tidak significant lagi dalam hiasan dalaman. Pencahayaan yang bersesuaian dengan sesuatu ruang akan mencipta suasana persekitaran yang menyamankan serta menonjolkan elemen hiasan dalaman yang lain seperti bentuk dan garisan. Struktur letak tingkap dan pintu akan memfokuskan pencahayaan yang semula jadi, iaitu cahaya matahari yang masuk ke dalam ruang kediaman. Manakala pencahayaan man-made secara amnya dipecahkan kepada 3 jenis, iaitu task lighting, accent lighting dan mood lighting.

Task lighting merupakan lampu yang mempunyai fungsi, seperti lampu meja atau lampu tidur. Accent lighting, lampu yang mencahayai sesuatu karya sebagai contoh pencahayaan hasil kerja seni, dan sebagainya. Bagi menghidupkan suasana sesuatu ruang pula, mood lighting boleh digunakan. Kebiasaannya, lampu ini sangat menarik dengan pelbagai bentuk dan warna.

See the source image
Gambar hiasan

5. Warna

Warna dinding ataupun sesuatu ruang hendaklah dipilih berdasarkan konsep rumah dan fahaman psikologi bagi sesuatu warna. Sebagai contohnya, warna putih memberikan ilusi ruang dan luas, warna merah pula sangat bersesuaian dicat pada ruangan makan kerana akan menaikkan selera makan dan warna hijau serta biru untuk bilik tidur untuk menghidupkan suasana yang tenang.

Setiap warna mempunyai berlainan ciri yang mana seorang pereka hiasan dalaman perlu mengetahuinya untuk membuat gabungan warna dan sebagainya. Warna telah dipecahkan kepada warna asas, warna sekunder (gabungan 2 warna asas) dan warna tertier (gabungan warna asas dan warna sekunder).

Bold teal walls provide a striking backdrop for an array of bright colors, patterns, and textures in this living area. The walls help to anchor the room, providing opportunity to incorporate an eclectic mix of furnishings, accessories, and textiles.
Gambar hiasan

6. Tekstur

Tekstur merujuk kepada bagaimana sesuatu permukaan terlihat dan rasa. Tekstur diklasifikasikan kepada 2 jenis – tekstur visual (hanya boleh dilihat) dan tekstur sebenar (boleh dilihat dan dirasa). Elemen tekstur dapat menaikkan mood tertentu selain daripada elemen warna dan pencahayaan.

See the source image
Gambar hiasan

7. Corak

Elemen corak dan warna pada sesuatu hiasan dapat memberikan efek yang menarik dan mempunyai maksud yang tersendiri. Corak yang paling biasa diketengahkan pada dekorasi hiasan dinding dan tektil adalah corak flora dan geometri yang pelbagai. Pemilihan corak yang bersesuaian memainkan peranan yang sangat penting pada sebuah design yang terhasil.

See the source image
Gambar hiasan

Kongsi info ini:

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *