Elak Kena Tipu Dengan Kontraktor Rumah
Mereka telah memilih untuk menggunakan khidmat kontraktor rumah yang salah dan kena tipu dengan kontraktor rumah. Namun, bukan mereka sahaja mangsa yang ada dalam Malaysia kerana banyak individu bertaraf influencer lain juga turut mengalami perkara yang sama.
Bukan itu sahaja, rakyat biasa yang bersusah payah mengumpul wang simpanan mereka untuk mendapatkan rumah idaman mereka turut menjadi mangsa penipuan daripada kontraktor-kontraktor penipu ini.
Jadi, adakah anda fikir yang anda akan selamat daripada penipuan khidmat kontraktor bila anda ingin membina rumah idaman sendiri? Untuk selamat, ketahui 4 tips ini untuk elak kena tipu dengan kontraktor rumah.
1. Elakkan Mencari Jalan Pintas, Berpontesi Ditipu Kontraktor Ubahsuai Rumah
Apabila anda sudah mendapat rumah idaman anda, adakah anda akan berasa gembira? Semestinya anda tidak sabar untuk mengalami perasaan tersebut. Namun, proses pembinaan rumah anda bukanlah satu perkara yang mudah.
Oleh itu, kenapa anda ingin mencari jalan pintas demi mengalami perasaan mendapat rumah idaman anda? Ada sebab kenapa anda tidak boleh melangkau proses pembinaan yang sepatutnya ditetapkan.
Terdapat beberapa individu yang inginkan perkara ini. Mereka ditabur janji-janji manis kontraktor binaan yang menyatakan bahawa mereka mampu menyiapkan rumah tersebut dalam tempoh hanya beberapa bulan.
Apabila tarikh penyerahan sudah tiba, mereka sama ada menyiapkannya dengan serba kekurangan ataupun tidak beroperasi langsung sejak hari pertama pembinaan rumah dan anda kena tipu dengan kontraktor rumah.
2. Cari Khidmat Konsultan
Perkara pertama yang anda perlu lakukan apabila anda ingin membina rumah idaman anda adalah anda perlu mencari khidmat konsultan pembinaan rumah. Ini merupakan satu cara yang sangat berkesan untuk elakkan diri dari kena tipu dengan kontraktor rumah.
Apabila anda mendapatkan khidmat daripada konsultan, mereka akan memberikan cadangan-cadangan yang sesuai dengan visi rumah idaman anda. Anda juga boleh mendapat jawapan tentang anggaran masa penyiapan rumah anda.
Melalui perbincangan antara anda dan konsultan tersebut, mereka dapat mengetahui sama ada idea reka bentuk anda adalah praktikal atau tidak. Ini dapat menjimatkan duit anda daripada mengalami kerugian daripada kena tipu dengan kontraktor rumah.
3. Lakukan Siasatan Berkenaan Interior Designer atau Kontraktor Elak Ditipu Kontraktor Rumah
Apabila anda mengenali kontraktor yang anda jumpa di mana-mana iklan, pernahkah anda melakukan sebarang semakan berkenaan syarikat mereka sama ada ianya sah atau hanya satu penipuan?
Terdapat beberapa orang tidak menyedari bahawa mereka sedang berurusan dengan kontraktor penipu dan menyesal apabila nasi sudah menjadi bubur. Anda perlu berhati-hati pada setiap masa dari kena tipu dengan kontraktor rumah.
Anda boleh lakukan siasatan latar belakang syarikat kontraktor tersebut. Anda boleh membuka laman web SSM untuk menyemak sama ada syarikat tersebut ialah sebuah syarikat berdaftar ataupun tidak.
Sekiranya mereka memang sebuah syarikat yang berdaftar dalam SSM, anda sepatutnya sudah boleh mengesan lokasi syarikat mereka beroperasi. Sekiranya kontraktor tersebut mempunyai semua perkara ini, mereka mungkin tidak menipu dan anda boleh elak dari kena tipu dengan kontraktor rumah.
4. Penyediaan Sebut Harga Rasmi
Anda sudahpun melakukan semua perkara di atas? Jika ya, anda sudah boleh meminta kontraktor yang anda ingin upah untuk menyediakan sebut harga rasmi sebelum anda bersetuju dengan khidmatnya.
Tujuan penyediaan sebut harga rasmi ialah untuk memastikan tiada sebarang penyelewengan yang dapat dibuat oleh para kontraktor. Sebagai contoh, kontraktor tersebut tidak akan boleh meminta amaun yang lebih dari apa yang disebutkan.
Sekiranya mereka menyatakan dalam sebut harga bahawa mereka hanya memerlukan RM 3,000 untuk membeli simen, mereka tidak akan boleh meminta harga yang lebih daripada anda.
Demikian merupakan 4 tips untuk elakkan diri anda dari ditipu dengan kontraktor yang tidak bertauliah. Dengan menggunakan 4 tips di atas, anda boleh menjadi lebih berhati-hati dan selamat daripada penipuan ini.
Sekiranya anda masih tidak menjumpai kontraktor atau konsultan yang bagus untuk membantu anda membina rumah idaman anda, kami di Wallmaster berpengalaman luas sebagai interior designer dan kontraktor rumah. Anda boleh datang ke pejabat kami Wisma Wallmaster di Shah Alam untuk konsultasi. Selain itu, anda boleh hubungi kami atau WhatsApp kami jika ada sebarang soalan.