fbpx

Ketahui 4 Idea Konsep Klasik Moden Untuk Bilik Anda

Adakah anda sedang tercari-cari apakah konsep bilik yang paling sesuai untuk anda? Pencarian untuk mendapatkan konsep bilik yang selari dengan personaliti dan citarasa anda mungkin akan menjadi sukar.

Idea Konsep Klasik Moden

Kadang-kadang, anda rasa konsep yang dipilih akan mendapatkan hasil yang sangat memuaskan hati, namun terdapat juga individu yang menyedari bahawa mereka melakukan pilihan yang salah.

Oleh yang demikian, anda perlu berfikir dan membuat pilihan yang betul kerana anda mungkin akan menukarkan bilik anda dengan konsep yang lain selepas sepuluh tahun, atau mungkin langsung tidak menukarnya.

Jangan risau, artikel ini akan membantu anda untuk menjadi kreatif dan memilih konsep konsep yang sesuai. Antara konsep yang sering menjadi buah mulut orang ialah bilik tidur mewah dan konsep klasik moden. Oleh itu, mari kita meneroka 4 idea konsep klasik moden untuk bilik anda.

Apa Itu Konsep Klasik Moden?

konsep klasik moden

Dalam dunia hiasan dalaman rumah, sesebuah konsep atau konsep hiasan dalaman rumah akan selalunya digunakan ke seluruh kawasan rumah tersebut untuk mengekalkan konsistensi konsep.

Antara konsep reka bentuk dalaman rumah yang mula menjadi buah mulut para pemilik rumah ialah konsep klasik moden. Ia merupakan gabungan antara dua konsep iaitu konsep klasik dan konsep moden.

Gaya klasik seperti rumah Inggeris klasik yang menggunakan wainscoting dan banyak menggunakan warna-warna keemasan, serta digabungkan dengan konsep moden seperti hiasan abstrak, lantai kayu atau vinyl, serta lantai karpet. 

Konsep klasik moden mula menjadi semakin popular disebabkan oleh kebolehannya untuk menjadi sangat fleksibel dan unik. Serlahkan daya kreativiti anda untuk mencipta hiasan dalaman rumah yang melambangkan personaliti anda.

1. Penggunaan Seni Abstrak Dan Wainscoting

Seni abstrak bukanlah satu konsep seni yang asing di dalam dunia yang semakin moden. Apabila kita membincangkan tentang seni abstrak, ia selalunya dikaitkan dengan arca ataupun lukisan yang menerapkan seni tersebut.

Seni ini selalunya mengandungi unsur garis, bentuk serta warna yang bersifat bebas dan tidak terikat dengan bentuk alam yang konvensional. Reka bentuknya yang unik dan moden dapat diterapkan ke dalam rumah anda.

Anda boleh menggabungkannya dengan pemasangan wainscoting yang mempunyai unsur konsep klasik. Namun, anda perlu memilih reka bentuk wainscoting yang sesuai untuk dipadankan dengan seni abstrak anda.

2. Gabungan Permaidani Dan Dinding Kaca

konsep klasik moden

Permaidani ataupun karpet merupakan salah satu hiasan yang sangat dikenali dan diguna pakai oleh hampir semua pemilik rumah di seluruh dunia. Digunakan sejak 3000 tahun sebelum masihi, hiasan ini tetap menjadi hiasan yang wajib ada di ruang tamu.

Anda boleh gabungkan konsep klasik ini dengan konsep moden seperti reka bentuk rumah yang mempunyai dinding kaca. Hasilnya akan membuatkan anda terpukau dan terpesona dengan keindahan daripada gabungan kedua-dua konsep ini.

3. Gabungan Lampu Chandelier Dan Perabot Konsep Moden

Kebanyakan pemilik rumah yang menggemari konsep klasik moden seringkali menggunakan gabungan lampu chandelier serta perabot konsep moden supaya ianya dapat menghasilkan konsep yang sangat elegan dan mewah.

Dengan penggunaan lampu chandelier yang seringkali dikaitkan dengan kemewahan dan kekayaan, gaya klasik ini sangat sesuai untuk dipadankan dengan perabot konsep moden seperti sofa berbentuk L.

4. Penggunaan Lampu Nordic Floor Standing Lamp Dan Katil Konsep Moden

konsep klasik moden

Pernahkah anda tahu tentang konsep lampu nordic floor standing lamp? Jenis lampu moden ini kian menjadi pilihan utama bagi pemilik rumah yang inginkan gaya klasik. Ianya amat sesuai untuk diletakkan di bahagian tepi katil anda.

Jika digabungkan dengan katil konsep moden, ianya akan menghasilkan gaya kontemporari yang sangat menarik bagi peminat konsep klasik moden. Oleh yang demikian, anda boleh cuba gabungkan kedua-dua hiasan ini di dalam bilik tidur anda.

Demikian merupakan 4 idea konsep klasik moden untuk rumah anda. Sekiranya anda inginkan bantuan dalam menghasilkan reka bentuk rumah idaman anda, anda boleh menggunakan khidmat profesional dengan hubungi kami atau WhatsApp kami untuk sebarang konsultasi.

Kongsi info ini:

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*