fbpx

Ketahui 4 Jenis Material Kabinet Dapur Ini Sebelum Mengubahsuai Dapur Anda

Rumah impian seseorang individu adalah berbeza daripada orang lain dan kadangkala mempunyai citarasa yang sama dengan rakan handal atau ahli keluarga kita. Namun, ternyata bahagian dalaman rumah semestinya berbeza daripada orang lain.Sebagai contoh, reka bentuk dalaman rumah seperti bilik tidur cantik, ruang tamu, bilik air, serta dapur akan mempunyai perbezaan yang ketara. Jika anda memiliki isteri yang suka memasak, semestinya dapur rumah yang isteri anda mahukan mempunyai pelbagai jenis alat masakan yang lengkap.Walau bagaimanapun, ia merupakan satu masalah yang besar sekiranya anda tidak mengenali jenis-jenis bahan bagi kabinet dapur rumah anda, anda mungkin akan tersilap pilihan. Oleh itu, mari kita ketahui 4 jenis material kabinet dapur ini sebelum mengubahsuai dapur anda.

Faktor Pemilihan Jenis Material Kabinet Dapur

material kabinet dapur
material kabinet dapur

Terdapat banyak pasangan yang membuat pilihan yang salah dan menyedarinya setelah baru sahaja mengetahui perbezaan yang terdapat dalam jenis material yang digunakan untuk kabinet dapur rumah mereka.

Sebelum anda ingin membuat pilihan, anda perlu mempertimbangkan beberapa faktor yang dapat mempengaruhi keputusan anda bergantung pada pilihan ideal atau kesesuaian bajet anda. Antara faktor yang perlu dipertimbangkan ialah seperti berikut:

  • Ketahanan Kabinet Dapur – Apabila anda ingin membeli sebarang alatan, semestinya anda inginkan alatan yang boleh digunakan selama yang mungkin, betul tak? Oleh itu, jenis material yang tahan lama ialah pilihan yang paling baik untuk dapur rumah anda.
  • Kekalisan Kabinet Dapur – Adakah pilihan kabinet dapur anda kalis air atau kalis serangga perosak? Jika ya, maka anda boleh mengurangkan risiko kerosakan kabinet dapur anda.
  • Kekukuhan Kabinet Dapur – Anda perlu menyoal sama ada material yang dipilih adalah kukuh ataupun tidak. Jika anda akan selalu menggunakannya untuk meletak barang-barang yang sangat berat, maka anda disarankan untuk mencari jenis material yang paling kukuh.
  • Harga Material – Harga semestinya menjadi soalan utama yang perlu diambil kira. Sekiranya harga material kabinet dapur yang anda inginkan adalah lebih daripada bajet anda, maka anda perlu memilih jenis lain yang lebih murah, namun berkualiti.

Pembeli yang bijak seharusnya mengetahui faktor-faktor di atas supaya dapat membuat pilihan yang paling sesuai dengan keinginan anda. Mari kita selami 4 jenis material kabinet dapur tersebut.

1. Kabinet Dapur Plynyatoh Sandwich

material kabinet dapur

Jenis material kabinet dapur ini merupakan pilihan yang seringkali dipilih oleh kebanyakan orang, namun sekiranya anda meletakkan harga material sebagai faktor utama anda, harganya adalah agak mahal bergantung pada penyesuaian kabinet dapur anda.

Harganya agak mahal kerana jenis ini mempunyai 3 lapisan kayu yang digabungkan supaya ianya menjadi lebih kukuh, iaitu sejenis papan lapis meranti biasa bersaiz 3.6mm, dituruti dengan lapisan tengah kayu meranti saiz ½” X 1 6/8” serta mempunyai satu lagi papan lapis yang mempunyai ketebalan 3mm.

Antara kelebihan material kabinet dapur ini ialah bahan kayu ini cepat kering serta amat mudah untuk dibersihkan seletah menggunakannya. Jenis material ini adalah sangat ringan serta dianggarkan dapat bertahan selama 5 hingga 10 tahun.

2. Kabinet Dapur Melamine ABS / Particle Board

material kabinet dapur

Jenis material kabinet dapur ini merupakan pilihan yang amat sesuai bagi kumpulan yang tergolong dalam kategori B40 kerana jenis material ini menawarkan harga yang paling murah jika ingin dibandingkan dengan jenis yang lain.

Pada kebiasaannya, particle board ini mempunyai dua jenis iaitu jenis kalis air serta tidak kalis air. Harga bagi jenis particle board kalis air lebih tinggi daripada jenis tidak kalis air. Namun,  jenis material ini adalah jenis yang paling berat daripada jenis material yang lain.

Selalunya pembekal atau penjual kabinet dapur akan menawarkan kabinet bersaiz 6’ X 8’ X 16 mm, dan ianya dapat bertahan selama 3 hingga 5 tahun sahaja. Jika anda memiliki rumah papan dan mempunyai kos yang rendah, anda disarankan untuk menggunakan jenis ini.

Dengan harga yang murah, anda boleh menyimpan duit anda untuk kegunaan lain seperti mengecat rumah anda dan ketahui jenis cat bilik tidur warna pastel yang sesuai untuk anda.

3. Kabinet Dapur Chipboard

material kabinet dapur

Kabinet Dapur ini sangat istimewa kerana ia mempunyai ciri-ciri anti anai-anai, jadi anda tidak perlu risau untuk meracun kawasan sekeliling kabinet dapur ini. Jenis material ini juga kalis air, membuatkan ia menjadi pilihan yang paling berbaloi antara jenis material yang lain.

Material kabinet dapur ini menggunakan kayu berkualiti tinggi yang dicampurkan dengan gam hijau pada kayu tersebut. Selain itu, PVC ABS juga digunakan sebagai kemasan edging supaya tiada air dan serangga perosak yang dapat masuk ke dalam kabinet tersebut.

Namun, tahukah anda bahawa terdapat dua jenis kabinet chipboard? Dua jenis design tersebut ialah jenis Formica serta Melamine corak kayu. Setiap jenis mempunyai kelebihan dan kekurangannya.

Kelebihan Formica ialah dari segi ketahanan, kepelbagaian, harga yang rendah, serta mempunyai permukaan yang boleh ditukar ganti. Melanine juga mempunyai harga rendah, namun mempunyai kekemasan serta mempunyai warna yang seragam.

4. Kabinet Dapur Blockboard

material kabinet dapur

Jenis material kabinet dapur terakhir yang selalu menjadi pilihan ramai ialah kabinet dapur blackboard yang mempunyai kadar ketahanan yang tinggi. Selain itu, material ini juga ringan dan tahan lasak, serta boleh bertahan sehingga 10 tahun.

Namun, kabinet dapur ini merupakan jenis material yang paling mahal di antara keempat-empat jenis material yang disebutkan.

Demikian merupakan 4 jenis material kabinet dapur yang seringkali digunakan. Setelah anda mengetahui jenis-jenis ini, bolehlah anda mengambil keputusan yang paling bijak untuk dapur rumah anda. Sekiranya anda memerlukan bantuan berkenaan reka bentuk dalaman rumah, sila klik di link ini atau hubungi kami.

Kongsi info ini:

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

situs toto 4d

okewla

toto 4d

okewla

okewla

okewla

okewla

okewla

okewla

okewla

okewla

okewla

okewla

okewla

okewla

Situs Toto

Situs Toto

For4D

Prediksi HK

For4D

Paito HK

For4D