Simpanan KWSP ini bertujuan untuk membantu pekerja-pekerja sektor swasta membuat simpanan. Kalau tiada simpanan ni, mungkin ada dalam kalangan pekerja-pekerja swasta ni tiada simpanan yang boleh digunakan selepas bersara.
Nanti ada la yang dah tua-tua pun kerja lagi, jual nasi lemak dan kuih-muih untuk makan minum keluarga. Jadi, simpanan ini sangat membantu dan bermanfaat kepada masyarakat Malaysia khasnya. Banyak perkara boleh buat dengan KWSP dan juga boleh untuk pengeluaran KWSP untuk ubahsuai rumah.
Bagi mereka yang tak tahu, simpanan KWSP ini adalah hasil daripada potongan gaji tiap bulan tau. Jadi mesti dah banyakkan duit dalam akaun tu? Kalau yang baru bekerja dalam setahun pun, simpanannya dah cecah 4 angka (paling sikit) apatah lagi yang dah berpuluh tahun kerja kan. Kalau mana yang rajin semak penyata tahunan KWSP tu, pastinya akan tahu baki akaun mereka.
Jangan tak percaya yaa, ada yang sampai ratusan ribu tau simpanan mereka.Tapi persoalannya, apakah yang boleh kita buat dengan duit KWSP ini? Duit banyak tapi tak tahu nak buat apa? Di usia yang lanjut tu. semuanya dah serba cukup, anak-anak dah besar.. Jadi nak buat apa dengan duit yang banyak ni?
Jadi perkongsian ni bertujuan untuk memberikan idea untuk anda tahu macam mana nak laburkan duit yang banyak tu ke jalan yang betul. Jangan melabur ke MLM. Banyak buruk dari baiknya nanti. Baca sampai habis okay, barulah dapat idea nak laburkan duit tu. Berikut merupakan beberapa cadangan untuk melaburkan duit anda tu.
1.Menunaikan ibadah haji
Usia yang kian meningkat akan menyukarkan pergerakan dan memberikan batasan untuk bergerak. Jadi sebelum rambut mula memutih, boleh kita menunaikan perintah yang kelima. Hal ini kerana, kerajaan melalui pembentangan Bajet 2013 pada 28 September 2012 telah memperkenalkan inisiatif Pengeluaran Haji kepada ahli KWSP untuk membuat pengeluaran simpanan dari Akaun 2 untuk menunaikan ibadah Haji.
Jadi tiada alasan untuk kita tidak Ramai juga yang masih tak menunaikan fardu haji. Jadikan simpanan duit tersebut untuk kegunaan untuk menunaikan fardu haji dengan pakej mahal, tak payah tunggu Q tabung haji yang terlalu lama. Berbelanja lebih untuk jalan Allah tidak merugikan pun. Semoga kita semua mendapat haji yang mabrur.
2. Sedekahkan kepada mereka yang memerlukan
Setiap wang yang anda keluarkan bagi urusan kebajikan seperti sedekah dan sebagainya merupakan hak mutlak kepunyaan anda di akhirat nanti. Jadi jangan teragak-agak untuk melabur ke jalan Allah. Selepas duit KWSP anda keluar dan diagihkan ikut keperluan diri, boleh la salurkan baki wang kepada pihak-pihak yang memerlukan seperti rumah anak yatim atau masjid-masjid di sekitar tempat tinggal anda.
3. Melancong
Jika dah buat yang utama di atas, boleh la guna duit yang masih berbaki untuk melancong ke tempat yang anda inginkan. Bila dah tidak bekerja, kita dah tak terikat dengan masa. Boleh la gunakan masa yang ada untuk mencari pengalaman-pengalaman baru melalui melancong. Kalau tidak mampu untuk ke luar negara pun tak mengapa. Di Malaysia pun ada banyak tempat-tempat menarik dan mendamaikan sesuai untuk orang yang sudah berumur. Antaranya ialah Cameron Highland, pulau-pulau seperti pulau redang dan banyak lagi.
4. Membeli rumah
KWSP membolehkan anda membuat pengeluaran simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah. Ini membolehkan anda memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat perlindungan apabila bersara.
Bagi rumah kedua, dibolehkan untuk dikeluarkan dengan syarat rumah pertama yang dibeli perlu dilupuskan hak. Tak kisahlah sama ada dijual ke, tukar nama kepada ahli keluarga lain dan lain-lain. Syarat ini boleh rujuk semula di Pejabat KWSP untuk maklumat yang lebih tepat.
5. Pengeluaran KWSP Untuk Ubahsuai Rumah
Pengeluaran KWSP Untuk Renovate Rumah
Iyaa betul tu, selain daripada beli rumah baru atau semua pilihan atas, anda juga boleh ubah suai dalaman rumah yang mungkin tak pernah ditukar sejak mula rumah dibeli. Dinding yang kosong dan kurang berseri tu, bolehlah tukar ke dinding yang lebih gah dan mewah macam ni. Tak perlu belanja banyak pun nak buat macam ni. Tu kitchen cabinet tu, dah kopak sana kopak sini, tukar sahajalah, anak-anak dah besar…
Dah tiada dah orang yang nak conteng sana sini. Jadi inilah masa yang tepat untuk ubah suai dalaman rumah supaya lebih cantik dan lebih selesa. Dan jangan lupa kalau ubah suai dalaman rumah, apa yang paling penting jadikan rumah lebih praktikal, tidak perlu banyak sangat barang untuk mudahkan proses mengemas rumah setiap minggu.
Di akhir usia, sebaiknya kita cantikkan tempat yang kita akan tinggal hingga akhir usia. Lagi baik kalau sediakan tempat khas untuk kita beribadah dengan tenang. Kami kongsi gambar-gambar ubah suai rumah yang ringkas dan praktikal. Pengeluaran KWSP Untuk Ubahsuai Rumah adalah dibenarkan.
Kalau nak tahu info lebih lanjut mengenai ubahsuai dan hiasan dalaman, bolehlah whatsapp kami dulu. Atau tuan boleh datang walk in ke wisma kami di Seksyen 25, Shah Alam.