loader image

7 Jenis Kerosakan Dalaman Rumah Design Moden Yang Anda Perlu Tahu

Anda sudah pun mempunyai wang yang mencukupi dan mempunyai skor kredit yang baik untuk mendapatkan pinjaman perumahan? Jika ya, syukur alhamdulillah kerana anda sudah boleh membeli rumah sendiri.

7 Jenis Kerosakan Dalaman Rumah Design Moden Yang Anda Perlu Tahu

Namun, berita baik ini boleh menjadi sebaliknya dengan sekelip mata sekiranya anda tidak mengetahui apakah perkara yang anda perlu lihat sebelum anda membeli rumah design moden. Mari kita ketahui 7 jenis kerosakan dalaman rumah design moden yang anda perlu tahu.

1. Dinding

rumah-design-moden

Kerosakan rumah design moden pertama yang anda perlu lihat ialah anda perlu mengesan sebarang kesan serpihan atau rekahan yang ketara. Anda juga perlu memastikan tiada kesan kotoran yang terdapat di dinding seperti di kawasan tersembunyi.

Selain itu, ketegakan dinding tersebut juga perlulah bersamaan atau tidak melebihi 3mm per 1.20m. Perkara paling penting ialah anda perlu mengetuk dinding tersebut menggunakan objek keras dan tiada sebarang bunyi lompong yang terhasil daripada ketukan tersebut.

Dinding ialah satu komponen rumah design moden yang mengambil ruang yang banyak. Oleh yang demikian, kebanyakan pembeli rumah baru akan terlepas pandang dengan kerosakan yang terdapat di bahagian dinding rumah. Jadi, anda harus berjaga-jaga ya.

2. Lantai

rumah-design-moden

Bagi bahagian lantai rumah, cuba semak jika terdapat sebarang kesan kotoran, tona warna, serta sebarang kesan tampalan berlebihan di kemasan lantai tersebut. Jika ada, maka anda boleh adukan masalah tersebut kepada broker rumah tersebut.

Anda juga perlu lihat jika terdapat sebarang rekahan di jubin, lubang di lantai, atau sebarang rekahan yang terhasil daripada kerja pembinaan rumah tersebut. Dari segi keserataan, kecerunan yang terdapat di kawasan basah seperti bilik air mestilah pada arah yang betul.

3. Tingkap

rumah-design-moden

Bagi bahagian tingkap rumah, anda perlu memastikan bahawa tiada jurang ketara yang ada di antara frem tingkap dan dinding rumah tersebut. Anda juga perlu memastikan sendi antara bingkai tingkap serta dinding dalaman dan luaran adalah kemas dan tanpa cacat cela.

Sekiranya terdapat kesan kotoran, ia juga akan menjadi punca aksesori tingkap anda berkarat serta mereput. Anda juga perlu cuba membuka dan menutup tingkap untuk mengesan sebarang bunyi berderit.

Setiap rumah mempunyai jenis tersendiri yang membezakannnya dengan jenis rumah yang lain. Ketahui 5 jenis design rumah moden yang popular pada tahun 2022.

4. Siling

rumah-design-moden

Siling juga merupakan kawasan yang seringkali mempunyai kecacatan atau kerosakan fizikal yang kadangkala tidak begitu ketara, namun akan memberikan kesan yang buruk terhadap struktur rumah tersebut. Semak sekiranya terdapat sebarang rekahan atau pengelupasan.

Selain tu, tee siling tersebut haruslah kemas dan tidak terdapat sebarang kesan kemik. Permukaan siling tersebut juga haruslah licin dan tidak bercapuk-capuk. Bagi bahagian sambungan siling, anda perlu lihat sama ada sambungan tersebut konsisten atau tidak.

Ingat, anda mungkin akan menggunakan rumah tersebut dalam tempoh yang sangat lama. Oleh yang demikian, siling merupakan satu komponen rumah yang sangat penting untuk menampung bumbung rumah anda.

Dari segi kekemasan hasil kerja pengecatan di bahagian siling, anda harus memastikan hasil kerja cat tersebut adalah dalam tahap yang baik, serta tidak mempunyai sebarang kesan berus.

Rumah design moden kebanyakannya sudah lama tidak berpenghuni, Oleh itu, anda perlu memastikan rumah tersebut sentiasa berada di dalam kondisi yang baik untuk mengelakkan sebarang kos tambahan di lain hari.

5. Pintu

rumah-design-moden

Kebanyakan pembeli rumah design moden akan dapat mengesan sekiranya terdapat kerosakan di bahagian pintu dengan segera kerana anda juga semestinya akan membuka dan menutup semua pintu untuk melihat semua bilik-bilik yang ada di dalam rumah itu.

Dari segi sendi dan jurang pintu, anda mesti memastikan tidak ada sebarang jurang ketara di antara pintu dan dinding rumah, manakala jurang di antara daun pintu serta frem perlulah tidak melebihi 5mm.

6. Lekapan Alatan Dapur

rumah-design-moden

Lekapan merupakan komponen rumah yang kerap kali dipandang enteng serta agak susah untuk mengenalpasti kerosakan yang terdapat di bahagian tersebut. Kawasan lekapan yang selalunya bermasalah ialah alatan dapur seperti sinki dapur, serta lekapan bilik air.

Anda perlu meneliti sendi dan jurang lekapan tersebut dan memastikan ianya kemas serta serata. Lekapan tersebut juga perlulah dipasang ketat serta boleh berfungsi dengan baik, selamat, dan tidak mempunyai sebarang tanda karat.

7. Kelengkapan Asas Mekanikal dan Kejuruteraan

rumah-design-moden

Bagi komponen kelengkapan mekanikal dan kejuruteraan, jika ianya tidak diperiksa dengan baik akan menyusahkan anda apabila anda ingin menggunakannya. Sebagai contoh, wayar elektrik yang tidak dibalut dengan rapi akan boleh menyebabkan kerosakan yang teruk.

Oleh yang demikian, anda perlu memastikan ianya dipasang dengan rapi, ketat, dan boleh berfungsi dengan elok. Rumah design moden yang sudah lama tidak ada penghuni akan berisiko untuk diserang oleh serangga perosak seperti anai-anai dan semut.

Apa yang anda boleh lakukan untuk memastikan tiada serangga yang berpotensi untuk merosakkan alatan mekanikal dan kejuruteraan anda ialah anda boleh menyoal broker rumah tersebut sekiranya mereka ada melakukan kawalan serangga di rumah tersebut.

Demikian merupakan 7 jenis kerosakan dalaman rumah design moden yang anda perlu ambil tahu sebelum anda ingin membeli rumah tersebut. Sekiranya anda sudahpun membeli rumah dan ingin mengubah reka bentuk dalaman rumah, anda boleh klik di link ini.

Kongsi info ini:

2 Comments


5 Design Rumah Moden Popular Tahun 2022 - Wallmaster | Interior Design | One Stop Solution Centre
10/22/2022 at 3:36 pm
Reply

[…] kian popular. Anda mesti pernah dengar istilah ‘less is better’? Bagi orang yang menyukai rumah design moden yang menawarkan ruangan yang efisien dan mudah untuk diakses, rumah ini sesuai untuk […]


5 Tips Pilih Kabinet Dapur Supaya Tahan Lama - Wallmaster | Interior Design | One Stop Solution Centre
10/22/2022 at 3:58 pm
Reply

[…] 7 Jenis Kerosakan Dalaman Rumah Design Moden Yang Anda Perlu Tahu […]


Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Our customer support team is here to answer your questions. Ask us anything!