fbpx

Rumah Pertama Emma Maembong : Cipta Syurga Idaman Bersama Wallmaster

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Ramai yang datang kepada kami dan berkata mereka tidak tahu bagaimana untuk bermula dalam proses mendekorasi kediaman, antaranya adalah Emma Maembong  yang sudah mencipta nama di layar televisyen semenjak sekian lama.Dia yang merasakan citarasanya sering bertentangan pada pandangan suaminya, Muhamad Shazli Azhar namun masih ingin menhadirkan kediaman yang harmoni untuk mereka berdua.

Cadangan kami dapatkan nasihat yang pakar. Dalam masa yang sama, pilihlah mereka yang mampu menterjemahkan inspirasi yang berada di dalam minda anda mengikut cita rasa anda tanpa perlu rasa perlu akur dengan kehendak pereka. Itulah kata kunci yang kami pegang untuk setiap projek dan kali ini ini merujuk kepada kediaman selebriti terkenal Emma Maembong.

Tanpa menetapkan sebarang konsep khusus dan lebih merujuk kepada pilihan produk yang tersedia di Wallmaster, kami berjaya menterjemahkan idea di minda Emma dengan menciptakan gabungan gaya English Moden dalam penataan yang lebih minimalis.

Tambahan pula dengan gaya hidup pasangan ini yang memiliki kerjaya sibuk dan masa yang tersendiri, kami merasakan gaya hiasan dalaman sebegini mudah untuk di kemaskini dan penjagaan.

InsyaAllah, Emma juga sedang menanti saat bergelar ibu muda, segala aspek telah diambil kira untuk menjadikan kediaman ini praktikal dan sesuai untuk mereka berdua.

Gabungan antara wainscoting, penggunaan cermin grand Mirror dan decorative mirror dipilih untuk memastikan kediaman kekal kelihatan luas dan selesa. Pemilihan warna yang dibuat Emma pada saat akhir dengan khidmat rundingan kami berjaya menyatukan gaya keseluruhan ruangan antara ruang makan dan ruang tamu kelihatan senada dengan beberapa elemen sebagai titik tumpu.

Pemilihan perabot bersaiz dempak yang dibuat oleh suaminya kami aplikasi dengan sebijaknya untuk memastikan setiap ruang diatur dengan sebaiknya. Tenang dan mendamaikan itulah idea yang sentiasa bermain di  minda Emma saat merencanakan kediaman ini.

Ternyata Wallmaster berjaya mengubah impian yang berlegar di minda Emma sebagai suatu realiti indah untuk dia melayari fasa-fasa awal perkahwinan dan menjadi ibu muda dalam masa terdekat ini. 

Kongsi info ini:

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top