Tema scandinavian adalah antara konsep interior design yang paling digemari untuk ubahsuai dalaman. Konsep ini mampu membangkitkan suasana lebih tenang di dalam rumah kerana konsep scandinavian banyak menggunakan warna terang dan lembut sebagai asas warna. Ramai wanita memilih konsep scandinavian dan dipadankan dengan warna lembut seperti biru dan pink untuk menaikkan suasana tenang di dalam rumah.
Idea Rumah Tema Scandinavian
Bagaimana untuk dapatkan idea dekorasi konsep scandinavian ? Jika di Malaysia , tempat utama anda perlu tuju untuk dapatkan idea konsep dan perabot dengan deco scandinavian ini adalah di IKEA. Jika anda tak mahu pening-pening mendeko sendiri , anda boleh dapatkan khidmat nasihat dari interior designer tentang pemilihan warna dan perabot yang bersesuaian dengan ruang rumah anda.
Jom tengok koleksi interior yang menggunakan konsep ruang tamu scandinavian dengan padanan warna pastel. Mungkin anda boleh jadikan inspirasi untuk deko rumah anda dengan konsep rumah scandinavian style selepas ini.