fbpx

5 Tips Deko Raya : Kekalkan Warna Cat Seperti Baru

Ramai di antara kita tidak tahu bahawa cat dinding rumah boleh tahan sehingga 5 tahun dan keatas lamanya tanpa perlu mengecat semula. Hal ini kerana, kita tidak terdedah kepada tips penjagaan cat dinding supaya ia tidak cepat pudar dan luntur. Penjagaan cat dinding ini secara tidak langsung akan menjimatkan duit. Berikut merupakan tips deko raya dan penjagaan cat dinding rumah.

Tips Deko Raya

1. Membersihkan debu kotoran di dinding

tips deko raya

Dinding rumah perlu dibersihkan daripada segala debu, kotoran serta sarang labah-labah supaya tampak lebih kemas dan bersih. Sebelum ni kita selalu menggunakan penyapu biasa untuk membersihkan dinding. Namun dengan menggunakan kain microfiber yang di pasang pada hadapan penyapu tersebut akan memudahkan kerja mengemas kerana setiap sudut mudah dicapai dan perabot dan bingkai gambar pada dinding tidak perlu dipindahkan.

Hal ini kerana, penyapu yang di pasang dengan kain tersebut akan mudah menangkap debu dan kotoran pada dinding. Selain dinding, syiling juga perlu di ambil perhatian semasa mengemas kerana habuk selalu berkumpul di permukaannya. Cara ini dapat menjimatkan masa membersih yang tidak lebih daripada 10 ke 15 minit sahaja. Selain menjimatkan masa, ia juga menjimatkan duit untuk mengecat semula dinding kerana dinding akan tahan lebih lama.

2. Uji dinding

tips deko raya

Uji sebahagian kecil dinding yang dicat sebelum dibersihkan. Proses ini sangat penting bagi memastikan cat dinding yang dibasuh tidak luntur. Kebanyakan cat satin, semigloss dan flat boleh dicuci namun untuk lebih selamat, cuba uji terlebih dahulu. Jika dinding tersebut menggunakan cat kapur, jangan sekali-kali cuci terutamanya dengan campuran pencuci yang mengandungi bahan trisodium fosfat (TSP). Dinding dengan cat kapur boleh dicuci jika dinding itu akan dicat semula. Hal ini kerana, cat dinding tersebut akan mudah luntur jika terkena sabun pencuci.

3. Basuh dinding

tips deko raya

Sisa-sisa memasak dan wap air serta sabun mandi yang terkena dinding hendaklah dicuci untuk memastikan cat tahan lebih lama. Mulakan pembersihan bahagian ini daripada atas. Sapu dengan span secara perlahan-lahan kemudian gunakan sabun pencuci yang bersesuaian dan air. Basuh dan bilas kawasan tersebut. Keringkan dinding dengan tuala lama supaya dinding meninggalkan kesan tompokan air.

4. Buat sabun DIY untuk dinding

tips deko raya

Bahan campuran sabun DIY untuk membersihkan dinding boleh didapati dengan harga yang murah dan ianya mudah untuk dibuat. Sabun ini memberikan kesan yang sama dengan sabun pencuci yang dijual di pasaran. Berikut merupakan bahan-bahan yang diperlukan dan cara untuk campuran sabun ini.

  • Campurkan 1 cawan boraks dan 2 sudu cecair pencuci pinggan mangkuk dalam 1 galon air suam. Boraks boleh didapati di pasar raya yang berdekatan.
  • Campurkan 1 cawan ammonia dan 1 sudu teh cecair pencuci pinggan dalam 1 galon air.

5. Sepadankan warna cat anda dengan komputer

tips deko raya

Sebahagian daripada dinding anda rosak atau mengelupas dan malangnya tiada lebihan cat asal. Jadi, perlu seluruh ruangan di cat semula? Tidak, hanya potong sebahagian cat di dinding dengan pisau utiliti tajam. Ambil potongan cat tersebut ke kedai cat yang mempunyai peralatan padanan cat berkomputer. Peralatan tersebut akan menghasilkan campuran yang bersesuaian dengan warna cat dinding rumah anda. Dan kebiasaanya, servis padanan warna berkomputer adalah percuma, ia secara langsung boleh menjimatkan kos mengecat seluruh bilik selama beberapa tahun.

Dah nak raya ni. Apa kata cuba tips ini. Boleh jimat duit sebab tak perlu tukar cat baru. Selamat mencuba! Sekiranya anda memerlukan bantuan berkenaan reka bentuk dalaman rumah, sila klik di link ini atau hubungi kami.

Kongsi info ini:

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*