fbpx

Ketahui 5 Konsep Wainscoting Design Ruang Tamu Popular 2023

Pening betul kalau nak design rumah idaman yang kita inginkan. Macam-macam benda yang kita perlu fikir, contohnya deko bilik tidur, dapur, tandas, atau rekaan wainscoting design ruang tamu.Bila masuk sahaja ke rumah kawan-kawan, terdapat pelbagai idea yang timbul di dalam minda kita. Namun, sekiranya anda pergi mengunjungi rumah orang kaya, anda pasti akan nampak design wainscoting di dinding rumah mereka.Namun, kebanyakan orang tidak mengetahui apa yang dimaksudkan dengan wainscoting. Jom kita ketahui apa itu wainscoting serta 5 konsep wainscoting design ruang tamu popular 2023.

Apa Itu Wainscoting?

Wainscoting merupakan satu teknik hiasan dalaman rumah yang diguna pakai sejak abad ke-18 sebagai penutup dinding yang digunakan untuk membantu melindungi bilik.

Kebanyakan orang menggunakan wainscoting kerana cat yang digunakan ke atas wainscoting akan membuatkan ianya tahan lebih lama jika ingin dibandingkan dengan cat dinding yang biasa.

Namun, sebab utama orang menyukai penggunaan wainscoting dalam rumah mereka ialah kerana ianya merupakan aksesori dinding hiasan yang nampak sangat kemas dan premium.

Bagaimanakah dengan kos untuk menggunakan wainscoting dalam rumah anda? Ianya bergantung pada material yang dipilih oleh pemilik rumah. Pada kebiasaannya, anda boleh meminta pendapat daripada kontraktor rumah anda. 

Sebagai contoh, kontraktor selalunya akan memilih papan gentian yang dikenali sebagai “pressed wood” yang menjimatkan kos. Mari kita lihat 5 konsep wainscoting design ruang tamu yang popular pada tahun ini.

1. Konsep Papan Manik (Bead Board Concept)

wainscoting design ruang tamu

Konsep papan manik (bead board concept) merupakan antara pilihan utama yang sering diguna pakai oleh pemilik rumah di sekitar pekan-pekan. Ia memberikan kesan visual yang sangat menarik mata sesiapa yang melihatnya.

Gabungan konsep ala-ala victorian ini akan menampakkan suasana rumah orang Inggeris yang sangat cantik dan kemas apabila anda mengecat wainscoting tersebut dengan warna putih atau warna-warna pastel.

2. Konsep Fusion

wainscoting design ruang tamu

Memang tidak dinafikan bahawa terdapat pelbagai konsep yang menarik perhatian pemilik rumah yang baru, namun konsep fusion merupakan konsep yang makin popular pada zaman sekarang.

Sebagai contoh, anda boleh menggabungkan wainscoting konsep moden dengan gabungan tema ala zaman Victoria untuk melahirkan konsep fusion yang sangat cantik.

Selain itu, kelebihan konsep ini adalah anda boleh memilih mana-mana jenis konsep moden dan lama untuk digabungkan supaya ia menjadi satu tema yang sangat menarik perhatian tetamu anda dengan keunikan ini untuk rekaan wainscoting design ruang tamu.

3. Konsep Kontras

wainscoting design ruang tamu

Konsep kontras merupakan satu konsep yang agak sama dengan konsep fusion, namun perbezaannya terletak di bahagian pemilihan warna untuk wainscoting design rumah tamu anda.

Anda boleh memilih warna yang kontras dengan pilihan cat bagi ruang tamu tersebut. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan cat warna putih untuk dinding dan digabungkan bersama wainscoting berwarna gelap seperti warna hitam.

4. Wainscoting Tinggi

wainscoting design ruang tamu

Konsep wainscoting tinggi tidak selalu diguna pakai di ruang tamu, namun hasil selepas menggunakan konsep ini semestinya akan membuatkan ruang tamu rumah anda menjadi sangat unik jika dibandingkan dengan rumah yang lain.

Kebiasaannya, orang hanya akan memasang papan wainscoting setinggi 36 hingga 42 inci sahaja. Namun, penggunaan wainscoting untuk meliputi hampir semua permukaan dinding akan menghasilkan ruang tamu yang sangat cantik untuk rekaan wainscoting design ruang tamu.

5. Konsep Vintage - Wainscoting Design Ruang Tamu

wainscoting design ruang tamu

Bagi individu yang berjiwa retro dan menyukai konsep-konsep reka bentuk rumah zaman dulu, anda boleh menceburi konsep vintage sebagai pilihan wainscoting design ruang tamu anda.

Konsep ini menggunakan papan yang dicat dengan syelek yang berkilat dan sangat cantik apabila ianya dijaga dengan elok. Konsep vintage ini kian menjadi pilihan generasi muda kerana estetik konsep ini yang sangat menarik.

Demikian merupakan 5 konsep wainscoting design ruang tamu yang anda boleh gunakan dalam rumah anda. Konsep-konsep di atas mempunyai kos yang berbeza bergantung pada saiz dan bahan yang dipilih.

Oleh yang demikian, anda perlu menyediakan bajet bergantung pada konsep yang anda inginkan. Sekiranya anda memerlukan khidmat reka bentuk dalaman rumah, anda boleh hubungi kami atau WhatsApp kami.

Kongsi info ini:

1 Comment


Ketahui Deko Bilik Tidur Yang Sesuai Untuk Anak Anda - Wallmaster | Interior Design | One Stop Solution Centre
02/03/2023 at 12:50 pm
Reply

[…] yang tepat untuk menghasilkan deko bilik tidur yang sesuai untuk anak anda. Anda juga boleh lihat konsep wainscoting design ruang tamu untuk mencantikkan rumah […]


Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

situs toto 4d

okewla

toto 4d

okewla

okewla

okewla

okewla

okewla

okewla

okewla

okewla

okewla

okewla

okewla

okewla

Situs Toto

Situs Toto

For4D

Prediksi HK

For4D

Paito HK

For4D