Setiap rumah pastinya mempunyai suatu tempat yang paling damai, tenang, selesa, iaitu bilik tidur. Suasana damai dan tenang ini dapat di bangkitkan dengan pemilihan warna dinding yang sesuai. Tersalah pilih warna dinding, akan merosakkan mood untuk berehat, bersantai apatah lagi untuk tidur dengan nyenyak dan nampak bilik tidur mewah.
Bilik tidur seharusnya mampu memberikan ketenangan kerana di situlah anda akan menghabiskan masa serta beristirahat pada waktu malam setelah seharian penat bekerja. Oleh itu, pemilihan warna bilik tidur yang tepat dapat menyumbang kepada waktu tidur yang berkualiti kepada seseorang.
Warna Bilik Tidur Mewah
Jadi, buat anda yang terfikir untuk menukar dekorasi bilik tidur, apakata mulakan dengan warna cat. Kami tampilkan 5 pilihan warna bilik tidur mewah yang ringkas tapi mampu buat tidur anda lebih lena. Warna bilik tidur ini juga boleh dipadankan dengan warna perabot yang lain bagi menaikkan mood tenang dan nyaman.
Biru - Warna Bilik Tidur Yang Sejuk
Warna biru digambarkan sebagai warna yang memberikan efek ketenangan dan kedamaian. Oleh itu, pemilihan warna biru sangat bersesuaian untuk bilik tidur mewah kerana ia dapat memberikan ketenangan serta membantu seseorang tidur dengan lebih lena. Warna sejuk seakan-akan air laut ini mampu merendahkan tekanan darah orang yang beremosi supaya dapat berehat dengan lebih tenang dan nyaman.
Selain merendah tekanan darah tinggi, warna ini juga dipercayai mampu mengatasi insomnia dan migraine. Warna biru muda dinding bilik tidur akan memberikan kesan tenang, sejuk dan harmoni. Jika ingin bilik tidur berasa lebih sejuk, pilihlah warna biru muda. Dan akhir sekali jika tidak mahu terlihat bosan, cuba padankan dengan perabot berwarna putih.
Coklat
Warna ala-ala di Spa yang dipadankan pula dengan perabot coklat atau kayu yang berkonsepkan klasik dan tradisional sangat tepat untuk bilik tidur mewah. Warna sebegini adalah antara warna yang paling menenangkan. Pilihan yang tak pernah salah. Bukan sahaja menenangkan, warna coklat memberi imbangan warna bumi dalam ruang kamar tidur anda.
Hijau - Warna Bilik Tidur Yang Tenang
Cahaya terbaik yang dapat anda berikan untuk warna cat bilik tidur yang tenang anda adalah dengan warna hijau. Warna ini dapat membangkitkan mood lebih santai tetapi bersemangat setiap kali bangun daripada tidur di pagi hari. Setenang hijau hutan tropika? Dengan gubahan bilik umpama dalam taman boleh beri ilusi ruang kecil menjadi luas. Secara tak langsung suasana bilik lebih cerah dan ceria tanpa menyakitkan mata.
Merah Jambu - Warna Bilik Tidur Perempuan
Warna merah jambu sangat sinonim dengan lambang kasih sayang, belas kasihan, cinta dan wanita. Jadi tidak hairanlah bilik tidur perempuan berwarna merah jambu menjadi idaman ramai gadis dan perempuan di luar sana. Warna lembut dan comel ini menjadikan bilik tidur lebih selesa dan cantik.Bilik tidur dengan warna ini sesuai buat mereka yang berjiwa lembut dan feminin.
Ungu
Warna ini digunakan dalam terapi warna untuk menenangkan susunan saraf, otot dan menyembuhkan tekanan. Berdasarkan National Center for Health and Wellness, aura warna ini dapat membantu mengubati bahagian badan yang mengalami tekanan. Selain itu, ruang bilik tidur tampak lebih elegan.
Warna ungu cair atau ungu muda menciptakan kesan elegan dan romantik. Bagi mendapatkan tidur malam lebih selesa dan berkualiti, jangan teragak-agak untuk memilih warna ungu muda . Warna ini sering digunakan dalam design rumah minimalis.
Haa, dah dapat ideakan? Dah boleh dah tu pergi beli cat untuk bilik tidur idaman. Selamat mengecat.
16 Comments
Sesuai tak kalau saya letak warna lighy grey , untuk bilik tido ?
Boleh juga. Tapi kami recommend warna light grey lebih sesuai. Kalau dark grey jadi terlalu gelap dan nampak sempit bilik nanti =)
haa nasib dah beli warna biru muda huhu