5 Warna Bilik Tidur Yang Romantik
Tak guna kalau ada rumah besar-besar, tetapi tidak mempunyai sebarang dekorasi dalaman rumah. Selain itu, anda boleh mewarnai rumah anda dengan pilihan warna cat yang sesuai.
Terdapat pelbagai jenis warna yang anda boleh pilih, namun setiap warna mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri, bergantung pada mood apa yang anda inginkan untuk bilik tersebut.
Sebagai contoh, kebanyakan orang menyukai warna-warna yang cerah kerana ia boleh membuatkan ruangan tersebut tampak lebih luas dan bertenaga.
Namun, apabila anda ingin memilih warna bilik tidur anda dan si isteri tersayang, anda disarankan untuk memilih warna yang romantik. Jom warnai rumah anda dengan 5 warna bilik tidur yang romantik ini.
1. Ungu
Pernahkah anda melihat suasana yang dipaparkan daripada warna cat bilik ungu? Jika ya, semestinya anda dapat merasakan aura suasana romantik yang terhasil daripada warna ini.
Warna ungu seringkali dikaitkan dengan warna kemewahan, kesejahteraan serta romantik. Warna bilik tidur yang romantik seperti warna ungu dapat mengeratkan hubungan antara suami dan isteri.
2. Merah Jambu
Warna merah jambu selalunya dikaitkan dengan warna feminin yang lembut, dan pada kebiasaannya akan diguna pakai sebagai warna cat bilik anak perempuan.
Namun, tahukah anda bahawa warna ini juga mempunyai aura romantik? Warna merah jambu membawa banyak maksud seperti sensitif, kelembutan, serta romantik.
Oleh itu, tidak hairanlah kenapa warna ini seringkali diguna pakai sebagai warna bilik tidur yang romantik. Namun, warna ini tidak digemari oleh para lelaki.
3. Biru
Bila kita berbincang berkenaan warna biru, warna ini banyak berkait rapat dengan ketenangan jiwa. Namun, tahukah anda bahawa warna ini juga boleh menjadi warna romantik?
Anda tidak boleh memilih warna biru asas, kerana ianya tidak melahirkan mood romantik untuk bilik tidur anda. Sebaliknya, anda boleh memilih warna pastel biru seperti warna biru pirus (turquoise).
Warna biru pirus membawa maksud warna penyembuhan serta ketenangan. Namun, warna yang lembut ini juga memberikan impak suasana romantik jika dipadankan dengan warna yang sesuai.
Kalau untuk kawasan yang lain seperti ruang tamu, dapur dan sebagainya, anda boleh memilih warna pastel untuk mendapatkan reka bentuk dalaman rumah yang cantik.
4. Emas
Warna emas semestinya menjadi pilihan untuk mendapatkan warna bilik tidur yang romantik. Warna ini juga dikaitkan dengan warna kemewahan, sebab itulah anda nampak warna diraja ialah warna emas.
Warna yang sangat menarik perhatian ini sangat sesuai untuk digunakan sebagai pilihan warna cat bilik kerana keupayaan warna ini untuk melahirkan suasana yang romantik bersama yang tersayang.
Tona warna emas lebih gelap daripada warna kuning. Berbeza dengan warna kuning, warna emas boleh diguna pakai sebagai warna pilihan untuk cat warna bilik tidur yang romantik.
5. Perak (Silver)
Siapa yang tidak kenal dengan warna perak? Warna ini merupakan warna yang sangat menarik perhatian orang ramai serta gemar dipadankan dengan warna emas. Hampir sama maksud warnanya dengan emas yang melambangkan kekayaan, serta sebahagian daripada warna diraja.
Selain itu, warna ini nampak agak terang jadi anda perlu padankannya dengan warna yang agak gelap untuk mencetuskan suasana romantik. Demikian merupakan 5 pilihan warna bilik tidur yang romantik supaya anda boleh mendapatkan bilik idaman anda bersama isteri yang tersayang.
Namun, sia-sia anda mengecat bilik anda sekiranya anda tidak mempunyai susunan dan hiasan yang cantik dalam bilik anda kerana semua itu memainkan peranan dalam menghasilkan suasana romantik.
Oleh itu, buatlah keputusan yang bijak dengan melakukan kajian terlebih dahulu. Sekiranya anda tidak mahu membuat sedemikian, anda boleh dapatkan servis profesional berkenaan reka bentuk dalaman rumah, sila klik di link ini atau hubungi kami.
2 Comments
[…] Baca Juga: Warnai Rumah Anda Dengan 5 Warna Bilik Tidur Yang Romantik Ini […]
[…] Warnai Rumah Anda Dengan 5 Warna Bilik Tidur Yang Romantik Ini […]