fbpx

Ketahui 4 Cara Mudah Untuk Pilih Warna Bilik Tidur Anda

Musim raya sudah hampir tiba dan inilah masanya untuk kebanyakan orang berbelanja membeli baju raya serta mengubahsuai landskap dalaman rumah mereka termasuk menukar warna bilik tidur.

Tujuan utama orang mengubahsuai atau melakukan perubahan bagi reka bentuk atau warna dalaman rumah ialah untuk mendapatkan suasana yang baru dan segar kerana kebanyakan orang berasa bosan melihat reka bentuk yang lama.

Warna Bilik Tidur Yang Sesuai

warna bilik tidur

Antara perubahan yang seringkali dilakukan apabila musim raya hampir tiba ialah menyusun perabot dalam susun atur yang baru, menggantikan kain langsir yang baru, serta mengecat seluruh rumah atau deko bilik tidur anda.

Apabila kita membincangkan tentang cat rumah, semestinya anda akan mengalami sedikit masalah untuk memilih warna bilik tidur yang sesuai. Oleh itu, mari kita ketahui 4 cara mudah untuk pilih warna bilik tidur anda.

1. Pilih Berdasarkan Personaliti Warna Anda

Tahukah anda bahawa setiap individu mempunyai warna kegemaran tersendiri, dan warna-warna tersebut sedikit sebanyak menggambarkan personaliti diri anda.

Sebagai contoh, sekiranya anda menggemari warna biru, anda berkemungkinan besar merupakan individu yang mencintai kedamaian, ketenangan hidup, serta mempunyai personaliti yang tegas, jujur dan bertanggungjawab.

Selain itu, warna bilik tidur juga akan mempengaruhi mood anda. Oleh itu, warna-warna seperti ungu, hitam, kelabu, coklat dan merah merupakan antara warna-warna yang sangat tidak sesuai untuk digunakan sebagai warna bilik tidur.

Namun, hanya anda atau ahli keluarga sahaja yang akan mendiami bilik tidur tersebut, jadi ia sangat wajar bagi anda untuk memilih warna bilik tidur berdasarkan warna kegemaran anda, asalkan ianya bukan warna yang disebut di atas.

2. Pilih Hanya 3-4 Jenis Skema Warna Sahaja

warna bilik tidur

Pernahkah anda melihat dalaman rumah yang dipenuhi dengan terlalu banyak jenis warna yang berbeza? Apakah reaksi anda apabila anda melihatnya? Kebanyakan orang tidak akan menggemarinya.

Antara sebab orang tidak menggemari terlalu banyak pilihan warna yang digunakan untuk rumah ialah kerana tiada sebarang tema warna yang boleh dilihat daripada pilihan warna-warna tersebut.

Anda sepatutnya mempunyai dua warna utama yang perlu dipadankan, manakala dituruti dengan satu atau dua pilihan warna yang lain. Anda tidak disarankan untuk memilih lebih daripada 4 jenis warna bilik tidur.

Apabila anda memilih terlalu banyak pilihan warna, ia akan membuatkan bilik anda nampak seakan-akan tidak tersusun rapi dan berselerak. Oleh yang demikian, pilihlah sekurang-kurangnya 3 hingga 4 tema warna sahaja untuk warna bilik tidur.

3. Cipta Warna Kontras

Apabila anda sudahpun membuat pilihan warna berdasarkan personaliti diri, anda boleh mula mencipta warna kontras dalam bilik tidur tersebut. Apakah yang dimaksudkan dengan warna kontras?

Warna kontras merujuk kepada kesan persepsi berkenaan kedekatan sesebuah warna dalam konteks, sama ada ianya dalam dua atau tiga dimensi. Ia merupakan hubungan di antara warna rangsangan dan sekelilingnya.

Efek warna kontras yang berhasil akan membuatkan bilik anda kelihatan lebih kemas, teratur dan mempengaruhi persepsi kita terhadap warna, kedalaman, dan ketelusannya.

Warna pelengkap akan diletakkan bersebelahan antara satu sama lain, ia secara visual akan mempengaruhi satu sama lain dan akan meningkatkan tahap kroma di dalam bilik tidur anda.

4. Menggunakan Aplikasi Warna

warna bilik tidur

Betul, ianya bukanlah satu perkara yang mudah untuk anda membayangkan warna-warna yang diinginkan dalam bilik tidur anda, namun semua urusan menjadi semakin mudah dengan kewujudan aplikasi moden.

Dengan terciptanya aplikasi seperti Dulux Visualizer, anda boleh memuat turun aplikasi ini ke dalam telefon bimbit atau tablet anda dan cara penggunaanya adalah amat mudah untuk difahami.

Anda hanya perlu membuka aplikasi tersebut, kemudian anda perlu mengimbas ruangan bilik tidur anda menggunakan ciri realiti tambahan (augmented reality) dan pilih warna yang anda inginkan untuk dinding bilik tidur.

Aplikasi ini mempunyai lebih dari 100 tona warna yang berbeza untuk anda pilih warna bilik tidur yang paling menarik sebelum anda mengecat bilik tidur tersebut.

Selain itu, aplikasi seperti ini juga mempunyai ciri untuk berkongsi gambaran bilik tersebut kepada rakan-rakan atau kontraktor yang anda upah bagi mengecat bilik tidur anda.

Demikian merupakan 4 cara mudah untuk pilih warna bilik tidur anda. Sekiranya anda tidak mempunyai masa untuk mengecat dan mengubahsuai reka bentuk dalaman rumah anda, anda boleh menggunakan khidmat profesional dengan hubungi kami atau Whatsapp kami.

Kongsi info ini:

2 Comments


Ketahui 4 Idea Tema Klasik Moden Untuk Bilik Anda
06/02/2023 at 5:43 pm
Reply

[…] Ketahui 4 Cara Mudah Untuk Pilih Warna Bilik Tidur Anda […]


Ketahui 4 Idea Konsep Klasik Moden Untuk Bilik Anda
06/07/2023 at 2:53 pm
Reply

[…] Ketahui 4 Cara Mudah Untuk Pilih Warna Bilik Tidur Anda […]


Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*